Piala FA: Heberty Antara Import Tumpuan Untuk Aksi Pertama Separuh Akhir

Saingan separuh akhir Piala FA 2024/2025 bakal bermula pada malam ini dengan membabitkan empat pasukan untuk mengharungi dua perlawanan di lokasi berbeza.

Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (Kedah), Terengganu, serta Selangor masing-masing memiliki tujuan sama iaitu untuk cuba meraih slot ke pentas akhir serta membuktikan siapa jaguh musim ini di saingan tersebut.

Di Alor Setar, perhitungan menarik menyaksikan antara tuan rumah iaitu Kedah bakal melayan juara bertahan, JDT di Stadium Darul Aman, sementara Selangor bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk mrnghadapi cabaran Terengganu.

Keempat kelab ini boleh dianggap berada pada prestasi terbaik menerusi keputusan lalu, kecuali hanya Selangor sahaja merekodkan kekalahan di saingan Liga Super sebelum itu kepada Kuala Lumpur City (KL City).

Malah, keempat kelab ini juga memiliki pemain handalan mereka tersendiri terutama sekali membabitkan barisan import menerusi impak diberikan sejak beberapa perlawanan terdahulu.

Berikut merupakan empat pemain import yang mewakili setiap pasukan masing-masing dijangka bakal memainkan peranan penting buat perlawanan hari ini.

Heberty Fernandes (JDT)

Heberty menjadi antara subjek utama di pentas saingan Piala FA hari ini selepas beliau muncul selaku antara peledak berbisa dalam kejohanan tersebut termasuk mencatat dua gol pada aksi suku akhir lalu sewaktu menentang Malaysian University FT (MUFT).

Hadir dengan reputasi cukup tinggi sejak musim lalu, Heberty meneruskan konsistensinya selaku antara pemain paling bernilai buat JDT terutama di posisi serangan.

Jangkaan kami, beliau sekali lagi bakal diletakkan dalam senarai kesebelasan utama pada aksi hari ini bawah kendalian Hector Bidoglio untuk cuba mengatasi benteng kebal Kedah.

Ebenezer Assifuah (Kedah)

Penyerang berbisa Kedah ini membuktikan dirinya selaku antara pemain paling berbaloi ditandatangani Sang Kenari pada musim ini selaku salah seorang peledak import mereka.

Pemain ini sudah pun mencatat hatrik sulung ketika pusingan ke-16 Piala FA apabila Assifuah tenang membantu Kedah mengatasi cabaran wakil kelab dari saingan M3, Bukit Tambun FC.

Tenang dan tajam di hadapan gol, pastinya kelincahan Assifuah bakal menjadi antara daya tarikan utama untuk melihat jika dirinya mampu mengatasi pertahanan kebal JDT.

Ismaheel Akinade (Terengganu)

Akinade sebenarnya bukanlah pemain kegemaran atau tumpuan utama buat penyokong bola sepak Terengganu selepas dirinya tampil serba tidak menjadi di hadapan gawang gol.

Namun, Akinade menutup kritikan tersebut menerusi dua gol diledak beliau ketika aksi suku akhir pertama membabitkan Sang Penyu menentang Sabah bersama aksi cukup menyakinkan.

Berkelebihan di laman sendiri hari ini, sudah tentu Akinade ingin terus membuktikan dirinya merupakan bintang harapan buat para penyokong untuk mencipta kejayaan mengatasi Selangor.

Alvin Fortes (Selangor)

Dua jaringan dilakar ketika menentang Kuching City lalu memberi isyarat Fortes sebagai antara pemain import paling berbahaya musim ini buat Selangor.

Beraksi di posisi sayap, Fortes memiliki keupayaan cukup tinggi daripada segi kepantasan serta kelincahan beliau mengawal bola untuk mengatasi pertahanan lawan.

Malah, pemain ini juga memiliki ketajaman cukup baik untuk melepaskan rembatan dari sudut sukar bagi menghasilkan jaringan buat Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN