Jaringan penuh ketenangan oleh Juan Mata berjaya membawa Manchester United mara ke pusingan keempat Piala FA Inggeris selepas menewaskan Wolves pada awal pagi tadi.
Pemain tengah dari Sepanyol itu melakukan satu ‘chip’ mudah untuk menewaskan John Ruddy demi memastikan kemenangan berhatga buat United, selepas kedua-dua pasukan sebelum ini terikat seri tanpa jaringan.
Perlawanan di Molineux sebelum ini menyaksikan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer gagal menghasilkan satu percubaan tepat pun ke arah gawang.
Tetapi dalam perlawanan ini, United berjaya meraih kemenangan yang sewajarnya mereka perolehi selepas mencipta beberapa peluang yang lebih baik berbanding Wolves sepanjang perlawanan.
Bruno Fernandes who? 🤭
Juan Mata produces the goods again for Manchester United 👏 #MUNWOL #FACup pic.twitter.com/WxcIIBKsN4
— GOAL (@goal) January 15, 2020
Kali ini mereka tampil berbeza, dengan permainan bertempo tinggi. Sepanjang perlawanan, 11 percubaan dihasilkan ke arah gol. Enam daripadanya adalah percubaan tepat.
Manchester United akan bertandang ke Watford atau pun Tranmere di pusingan keempat Piala FA. Perlawanan diantara kedua-dua pasukan tersebut terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat pada Selasa lalu.
Perlawanan bermula dengan tempo tinggi, menyaksikan United menghasilkan 11 percubaan ke arah gawang, dengan enam daripadanya adalah percubaan tepat.
Juan Mata has now been directly involved in three of the last five goals Man Utd have scored.
🅰️🅰️ vs. Norwich
⚽️ vs. WolvesThe spark they needed. ✨ pic.twitter.com/xqHbxngYKd
— Squawka (@Squawka) January 15, 2020
Namun ianya adalah pemain berusia 31 tahun, Juan Mata yang menghasilkan jaringan yang ditagih Unted untuk memastikan kemaraan, selepas hantaran lolos Anthony Martial berjaya menewaskan pertahanan garis tinggi Wolves.
JIka ada perkara yang merisaukan Solskjaer, ia pastinya mengenai tahap kecergasan Marcus Rashford.
63': Marcus Rashford subbed on
79': Marcus Rashford subbed offThere's a trip to Anfield on Sunday. 😰 pic.twitter.com/bDWeQ3SfRp
— Squawka Live (@Squawka_Live) January 15, 2020
Penjaring terbanyak United musim ini itu sekadar beraksi selama 15 minit sebelum terpaksa dikeluarkan semula setelah dimasukkan untuk Daniel James pada minit ke-67 perlawanan.
Manchester United akan kembali kepada fokus memperbaiki kedudukan di Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool pada hujung minggu ini. Satu perkara yang pasti ialah kecederaan Rashford bukan berita yang baik buat masa ini.