Scott McTominay tampil sebagai wira Man United apabila gol masa tambahan pemain itu memastikan Red Devils mara ke suku akhir.
Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau berpuas hati dengan mentaliti pemainnya dalam perlawanan menentang West Ham di pusingan kelima Piala FA, selepas sebelum itu keyakinan mereka diragut oleh Everton di saingan Liga Perdana Inggeris.
Bagi Solskjaer, pemain-pemainnya telah menampilkan respon yang sempurna selepas melepaskan gol minit akhir untuk membenarkan Everton mengikat mereka 3-3 di Old Trafford sebelum ini.
Three games, three goals for Scott McTominay 🔥 pic.twitter.com/6vZnzKczvK
— B/R Football (@brfootball) February 9, 2021
“Kami memerlukan keputusan yang bagus dan positif pada hari ini selepas apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Everton,” kata Solksjaer selepas perlawanan.
“Perlawanan ini amat sukar tetapi pemain sangat fokus dan melaksanakan tugas masing-masing.”
Kapten Manchester United Harry Maguire berkata pemain telah menunjukkan kekuatan dan karakter untuk bangkit dari kekecewaan menentang Everton.
McTominay. Clutch. 😤
(🎥 via @EmiratesFACup)pic.twitter.com/pKjN7E9hz7
— B/R Football (@brfootball) February 9, 2021
“Perlawanan Sabtu lalu sangat sukar – terutama di babak ketua,” kata kapten pasukan Red Devils itu.
“Kami menampilkan semangat waja dan mentaliti yang betul untuk kembali. Kami sedar ia adalah musim yang panjang dan perlawanan pada malam ini adalah sempurna. Ia penting untuk kami terus mara.”
Scott McTominay and #FACup winners.
Name a more iconic duo. We'll wait.
🔴 #MUFC
🏆 #FACup pic.twitter.com/waMRXzd5mq— Manchester United (@ManUtd) February 9, 2021
Dalam perlawanan menentang West Ham di old Trafford pada awal pagi tadi, tuan rumah hampir berjaya menghasilkan jaringan dalam tempoh 90 minit masa sebenar.
Namun demikian tindakan cemerlang Lukasz Fabianski menolak bola tandukan Victor Lindelof selepas terbias oleh Craig Dawson menyelamatkan keadaan.
Perlawanan ini juga mencipta sejarah apabila pertukaran pemain disebabkan kecederaan kepada buat kali pertama dilakukan – apabila Issa Diop digantikan oleh Ryan Fredericks selepas babak pertama perlawanan.
Serangan balas pantas oleh United menyaksikan hantaran Marcus Rashford kepada McTominay disempurnakan oleh pemain dari Scotland itu.
Kemenangan ini bermakna Man United mara ke suku akhir buat kali ketujuh berturut-turut dalam pertandingan ini, dan kali terakhir bergelar juara pada 2016.