Piala FA: Baddrol Bakhtiar Idam Gelaran Ke-4 Dalam Karier, Ke-5 Untuk Kedah

Baddrol Bakkhtiar boleh dianggap sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah pasukan Kedah.

Baddrol Bakhtiar antara nama yang terpahat dalam skuad gemilang double trebles.

Baddrol juga menjadi individu penting dalam membantu Kedah menjuarai Piala FA sebanyak 3 kali daripada 4 keseluruhan yang mereka miliki dalam sejarah pasukan Lang Merah.

Musim ini Baddrol beroperasi sebagai pivot pasukan. Beliau menunjukkan aksi cemerlang di bawah sistem Aidil Sharin yang lebih direct.

Aksi final pada Sabtu ini menentang Perak merupakan peluang untuk Baddrol memenangi kejuaraan Piala FA ke-4 secara peribadi dan paling penting adalah yang ke-5 dalam sejarah pasukan Kedah.

Ini juga peluang Baddrol menjulang Piala FA yang pertama sebagai kapten sepenuh masa pasukan Kedah.

Baddrol membantu Kedah menjuarai 3 edisi; 2007, 2008 dan 2017. Jika menjuarai edisi 2019, nama Baddrol Bakhtiar pastinya akan tersemat sebagai nama istimewa dalam sejarah Piala FA – sejak ia diperkenalkan.

Menurut Baddrol, pasukannya berlatih seperti biasa. Beliau berharap semua pemain akan berada dalam momentum terbaik dalam aksi final itu nanti.

Kedah dan Perak memiliki rekod 5 final sebelum ini, ini merupakan yang ke-6. Rekod setakat ini, Kedah juara 4 kali dan sekali naib juara. Manakala Perak juara 2 kali dan 3 kali naib juara.

Bercakap kepada Bernama, Baddrol, berkata: “Persediaan pasukan kami berjalan seperti biasa dan saya harap rakan sepasukan akan kekalkan momentum pada final Piala FA. Saya juga berharap keputusan positif pada kali ini.”

Kredit foto: KFA

Kedah mara ke perlawanan akhir selepas mengatasi cabaran Felda United dengan peraturan gol di tempat lawan – berikutan keputusan 3-3 secara agregate dalam 2 perlawanan.

Perak pula mara selepas menewaskan Pahang dalam aksi kebangkitan dramatik pada perlawanan kedua di Ipoh.

Adakah impian kapten Baddrol Bakhtiar untuk mendakap Piala FA ke-4, akan tercapai pada malam final itu nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN