Piala FA: Arsenal ‘Humban’ City Untuk Ke Perlawanan Akhir

Piala FA Arsenal

Arsenal membuat kejutan menyingkirkan juara bertahan Piala FA, Manchester City dengan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada setiap separuh masa untuk menghasilkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan separuh akhir di Wembley pada awal pagi  tadi.

Hanya beberapa hari selepas mengejutkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, Mikel Arteta membuktikan beliau tidak lagi dibayangi oleh mentornya, Pep Guardiola dan benar-benar bersedia untuk membimbing pasukan besar seperti Arsenal.

Dalam perlawanan yang berlangsung tanpa kehadiran penyokong itu, City seperti dijangka menguasai sebahagaian besar penguasaan bola, tetapi Arsenal berjaya mengekalkan disiplin di bahagian pertahanan.

Sekalipun City lebih banyak mengasak pada awal permainan, namun Arsenal terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Aubameyang yang menyudahkan hantaran lintang Nicolas Pepe dari sebelah kanan.

Barisan pertahanan Arsenal boleh dikatakan bernasib baik kerana City gagal memanfaatkan beberapa kesilapan di depan gol dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Masuk separuh masa kedua, Emiliano Martinez dipaksa bekerja keras untuk menafikan gol penyamaan City, tetapi Arsenal lebih bijak mengambil kesempatan dengan melancarkan serangan balas yang menghasilkan gol kedua menerusi Aubameyang pada minit ke-71.

Arsenal melangkah ke perlawanan akhir Piala FA ke-21 akan berdepan sama ada Chelsea atau Manchester United yang akan membuat perhitungan pada Ahad dengan misi mendapatkan trofi pertama untuk Arteta.

Guardiola yang ditemubual selepas perlawanan mengucapkan tahniah kepada bekas pembantunya dan kekalahan itu menggagalkan hasrat mereka untuk merangkul sekurang-kurangnya dua trofi.

“Kami memulakan perlawanan ini dengan bermain tidak seperti yang dirancang. Selama ini memang kami sentiasa bersedia untuk setiap perlawanan, tetapi mungkin tidak pada malam ini.

“Mereka bertahan dengan baik, seperti mana ketika [Arsenal] menentang Liverpool, kami sudah menjangkakannya. Tetapi memang kami tidak cukup bagus pada hari ini.”

Sementara itu, Arteta pula masih merendah diri dengan mengatakan walaupun Arsenal melangkah ke peringkat akhir, pasukannya itu masih ketinggalan dalam banyak aspek berbanding City dan Liverpool.

“Sangat sangat bangga dengan komitmen pemain. Apabila kamu berdepan pasukan seperti ini, kamu perlu berikan yang terbaik dan perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang,” ujar Arteta.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal dan Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN