Piala FA: Apa Alasan Aksi Di Kedah Bermula 6:30 Petang?

Belum pun saingan Piala FA musim 2024/2025 bermula, sudah ada pelbagai kritikan timbul dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia selepas melihat satu perlawanan akan datang dianggap sangat kontroversi.

Ianya selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi pusingan 16 terbaik dengan membabitkan Kedah Darul Aman (Kedah) menentang kelab berpangkalan di Penang iaitu Bukit Tambun FC dengan ianya bakal berlangsung pada jam 6:30 petang.

Kontroversi tercetus apabila waktu sepak mula perlawanan tersebut dianggap oleh segelintir besar netizen di media sosial seolah penganjur liga seolah tidak sensitif buat penyokong yang ingin hadir ke stadium.

Ini kerana waktu tersebut sudah pun menghampiri azan solat Maghrib dan penyokong terpaksa kelam kabut untuk menunaikan ibadat itu ketika habis perlawanan disebabkan Isyak pula semakin menghampiri.

“Selain itu, MFL juga telah mengumumkan pertukaran waktu sepak mula bagi perlawananan Kedah Darul Aman FC lwn Bukit Tambun FC kepada 6:30 petang dan perlawanan Sabah FC lwn Kuala Lumpur Rovers FC kepada 8:15 malam,” jelas MFL di media sosial.

Kenyataan itu jelas kurang disenangi oleh penyokong Sang Kenari sehingga beberapa kritikan keras dilemparkan mereka di media sosial MFL.

“MFL tak peka dengan Sepak mula piala FA jam 6.30 Petang. Yang hadir ke stadium, penyokong, pemain dan pegawai perlu berebut-rebut untuk menunaikan solat Maghrib ketika rehat 15 Minit.

“Waktu Maghrib amatlah singkat .Kita diajar menghormati waktu Maghrib. Waktu Sepak mula Jam 8.45 Malam sudah cukup baik.

“Tidak terlalu lewat untuk anak-anak berjàga. Untuk Sepak mula petang waktu Yang terbaik ialah jam 4.45 petang. Perlawanan Akan tamat sebelum waktu maghrib. Kita dah berada di Fasa akhir zaman .Fikir-fikirkan sebelum bala datang menimpa,” komen Azim Ahmad selaku salah seorang penyokong Kedah.

Pada pandangan Afiq Shari yang juga merupakan peminat bola sepak tempatan di Facebook pula, beliau menyifatkan MFL seolah tiada rasa sensitiviti apabila meletakkan jadual tersebut pada jam 6:30 petang.

“Mana sensitiviti dan common sense MFL Tergamam mendapat berita dua perlawanan Piala FA akan dilangsungkan pada jam 6.30 petang.

“6.30 petang? 6.30 petang? Rasa macam salah baca, tapi betul. Apa dah tak ada waktu lain sangat dah ke? Apa selain hari tersebut jam 6.30 petang, semua pemain bola sepak pasukan yang terlibat tu kalau main bola kena hukum bunuh oleh sesiapa ke sampai macam darurat sangat dah nak kena main pukul 6.30 petang.

“Solat Maghrib is one thing, common sense is another. Beberapa minggu lalu saya persoalkan ada perlawanan yang kick off jam 5.30 petang. Itu pun dah ganggu waktu solat. Ini mula 6.30 petang dah macam tak mahu bagi orang solat langsung pun ada. Bila kita cakap macam ni mulalah MFL marah dengan tulisan kita. Dah tu nak tulis macam mana lagi?

“Apakah MFL sudah tidak ada common sense dalam hal sebegini? Bila orang ramai mula menghamburkan kata-kata kurang baik terhadap MFL, mulalah MFL tidak senang duduk. Persoalannya dengan tindakan sebegini, adakah MFL rasa orang akan terima begitu sahaja?

“Come on la MFL. Masih belum terlambat untuk membetulkan kesilapan ini. Saya percaya bukan saya sahaja yang tidak suka dengan keputusan yang dibuat ini, bahkan ramai lagi lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam ini,” ujar beliau.

Apapun kini, sebaiknya MFL mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi alasan terbaik kenapa waktu sepak mula perlawanan tersebut diadakan pada jam 6:30 petang.

Ini penting untuk mengelakkan lebih banyak persoalan serta spekulasi dibuat peminat sehingga memberi imej buruk buat pengelola liga tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN