Piala FA: Ancaman Ebenezer Assifuah Mampu Kecewakan Penang

Saingan Piala FA 2024/2025 terus bersambung di pentas suku akhir dengan salah satu perlawanan tumpuan hari ini membabitkan antara Penang menentang Kedah Darul Aman (Kedah) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Jika diimbas, aksi Liga Super sebelum ini memihak kepada Kedah apabila Sang Kenari meraih kemenangan tipis 1-0 mengatasi skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli di gelanggang lawan.

Melihat kepada prestasi serta momentum semasa, jelas Kedah lebih memiliki peluang untuk meraih kemenangan seterusnya pada aksi suku akhir pertama ini jika dibandingkan tuan rumah.

Aksi terdahulu menyaksikan Kedah meraih kemenangan tipis 1-0 disebabkan kelebihan dimiliki pelawat daripada segi kualiti serta kuantiti import untuk mengubah keputusan permainan.

Ini kerana kedua pasukan pada awalnya saling terikat tanpa jaringan dan menampilkan aksi cukup sengit di atas padang untuk saling mendapatkan jaringan sulung.

Namun, kelebihan Kedah yang masih memiliki seorang pemain import serta kualiti diberikan oleh Ebenezer Assifuah di atas padang menjadi pemisah buat kedua pasukan tersebut.

Bagi aksi hari ini, dijangka Assifuah sekali lagi mungkin akan menjadi halangan utama buat Penang dengan ada kemungkinan bekas penjaring terbanyak Piala Dunia B-20 2013 diletakkan selaku kesebelasan utama.

Hadir dengan statistik cukup mengujakan kini di hadapan gol serta selaku antara penjaring terbanyak semasa Piala FA, momentum pemain tersebut berada dalam keadaan cukup baik untuk disenaraikan Nafuzi Zain.

Malah, Nafuzi mempunyai beberapa pilihan terbaik di posisi serangan kini selepas penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad juga tampil menyerlah sewaktu berdepan cabaran Penang.

Buat Penang, Akmal jelas perlu memikirkan solusi terbaik terutama di posisi serangan mereka yang cukup tumpul untuk diperbaiki pada aksi hari ini.

Dibataskan oleh kuantiti dan kualiti, Akmal jelas tidak memiliki banyak pilihan untuk posisi serangan apatah lagi penyerang import dari Brazil iaitu Rodrigo Dias masih dihimpit isu kecederaan.

Pilihan pemain tempatan seperti Nabil Latpi dan Alif Ikmalrizal mungkin bakal menjadi pertaruhan utama dan ketajaman mereka ditagih untuk mengatasi benteng kebal Sang Kenari.

Selain itu, posisi lain dianggap seimbang buat Penang untuk berdepan Penang dengan hanya konsistensi sahaja kini ditagih mereka untuk menghadapi cabaran Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN