Pada perlawanan semalam dalam saingan Piala FA 2022 pusingan kedua, Kuala Lumpur City gagal untuk mara lebih jauh apabila disekat oleh Selangor dengan keputusan 0-1.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, gol Selangor terhasil menerusi pemain gantian, Aliff Haiqal pada minit ke-62 dan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Hard luck. This ends our FA Cup 2022 campaign. We remain focus in the others.
We wish all the best to our rival, @selangorfc, in the next round! We will be taking back the bragging rights in our next meeting 🔴⚪️#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/L32BOTVLQe
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 8, 2022
KL City jelas gagal untuk meneruskan momentum positif dalam saingan tersebut walaupun merekodkan keputusan yang baik sebelum itu dalam saingan Piala AFC 2022.
Ini ada tiga masalah yang dihadapi oleh anak-anak buah Bojan Hodak sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.
Struktur pertahanan agak longgar
Gandingan pertahanan antara Irfan Zakaria, Giancarlo Gallifuoco, Mohammad Faudzi, serta Kamal Azizi dilihat agak bagus dari segi gerakan individu.
Namun, mereka dilihat kadangkala agak rapuh dari segi persefahaman yang membuatkan kadangkala masing-masing agak tercegat apabila pemain Selangor bertukar-tukar hantaran untuk masuk di kawasan pertahanan.
Come on, City Boys! #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/Wt037SMZTp
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 8, 2022
Dari segi komunikasi mereka bersama penjaga juga kadangkala terlalu jelas dilihat agak lemah apabila ada beberapa kali situasi Kevin Mendoza terpaksa keluar sendiri untuk menutup ruang dari dicerobohi lawan.
Cengkaman di bahagian tengah agak lemah
Berhadapan lawan yang mempunyai pemain tengah berpengaruh seperti Brendan Gan, Alex Agyarkwa, dan lain-lain menjadikan KL City begitu mudah dikesan kelemahan mereka di posisi tersebut.
Biarpun menggandingkan antara Paulo Josue, Akram Mahinan, serta Ryan Lambert di posisi tersebut, ianya belum cukup untuk mereka menguasai posisi tersebut selain lebih banyak bergantung dari sebelah tepi.
62' GOL | Aliff Haiqal memecahkan kebuntuan di Stadium MBPJ!@selangorfc 1-0 @KLCityFootball #PialaFA2022 pic.twitter.com/hK5yfXsmQH
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 8, 2022
Lebih memburukkan keadaan, Paulo Josue terpaksa dikeluarkan lebih awal semalam dan KL City tidak boleh memegang bola dengan begitu lama di posisi tengah apabila Selangor banyak memaksa pasukan kendalian Bojan itu kerap membuat kesilapan.
Jentera serangan agak tumpul
Jordan Mintah dilihat gagal untuk memberi impak positif dalam perlawanan sulung beliau bersama KL City di bahagian serangan.
Gerakan beliau begitu mudah dibaca dan ancaman yang cuba dilakukan oleh Mintah juga tidak begitu memberi masalah buat pertahanan Selangor untuk mengatasi.
73' SAVE | Percubaan Jordan Mintah berjaya ditepis oleh Sam Somerville!@selangorfc 1-0 @KLCityFootball #PialaFA2022 pic.twitter.com/92PMj4tqCm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 8, 2022
Persefahaman antara beliau bersama Romel Morales juga masih lagi samar-samad apabila kedua pemain ini tidak mencipta sebarang gerakan bersama untuk memburu gol di bahagian pertahanan Selangor.
Kesimpulan
Sebenarnya kedua pasukan ini ada masalah dari segi corak permainan serta prestasi semasa para pemain yang agak menurun.
Baik Selangor atau KL City, mereka berhadapan dengan masalah ketajaman di bahagian jentera serangan serta kelemahan di sudut pertahanan.
Bojan pastinya ada banyak perkara yang perlu dikaji semula untuk siri perlawanan akan datang, selain Michael Feichtenbeiner bolej kembali menarik nafas lega apabila Selamgor akhirnya kembali mencatat keputusan positif.