Piala FA: 3 Bintang Kedah Dijangka Cipta Kejutan Untuk Atasi JDT

Kedah Darul Aman (Kedah) bakal menghadapi aksi cukup getir hari ini dalam misi mereka untuk cuba melayakkan diri ke pentas akhir saingan Piala FA bagi musim 2024/2025 jika dilihat pada keadaan semasa.

Bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nyata bukan satu tugas yang mudah sebenarnya buat mana-mana pasukan lawan dan itu sudah dibuktikan sejak aksi-aksi lalu.

Walaupun begitu, pengendali Sang Kenari iaitu Nafuzi Zain tetap meluahkan impian beliau untuk melihat serta cuba membawa pasukan tersebut ke pusingan akhir kejohanan tersebut walau menyedari cabaran getir bakal dihadapi.

Apatah lagi, rekod perlawanan sebelum ini juga tampak menyakinkan walau Kedah tewas 1-2 di tangan JDT ketika aksi berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA).

Pada aksi tersebut, Sang Kenari berjaya memberi persaingan cukup sengit buat JDT walaupun menerima tekanan cukup tinggi menerusi penguasaan lawan di atas padang.

Beberapa pemain pada aksi lalu dijangka akan terus menjadi sandaran utama Nafuzi pads perlawanan hari ini dan berkemungkinan mampu mencipta kejutan tersendiri.

Hasbullah Abu Bakar

Pemain tengah bertahan Kedah ini menjadi antara paling menonjol pada perlawanan tersebut menerusi sumbangan besar dicatat beliau sepanjang aksi berlangsung.

Hasbullah tampil buat kali kedua dalam kesebelasan utama aksi itu dan berjaya memastikan barisan tengah JDT tidak sentiasa selesa mengawal bola menerusi tekanan-tekanan diberikan.

Selain itu, anak jati Johor tersebut juga bijak melakukan ‘diagonal pass’ serta tenang melepaskan bola kepada rakan sepasukan lain untuk ke arah serangan.

Cleyton da Silva

Pertahanan import Kedah ini menjadi pemain paling sibuk pada aksi lalu dengan beliau sentiasa bergerak di serata arah zon pertahanan Sang Kenari untuk meneutralkan serangan lawan.

Kelebihan peribadi Cleyton pastinya berpaksikan kekuatan fizikal serta kebijaksanaan beliau untuk membaca gerakan lawan lebih awal sebelum segala ruang ditutup segera.

Jangkaan, pemain kelahiran Brazil ini sekali lagi bakal menghadapi tugas sangat mencabar pada aksi tersebut untuk mengekang segala asakan hebat bakal diberikan oleh pasukan tuan rumah.

Ebenezer Assifuah

Dibawa masuk pada babak separuh masa kedua aksi lalu, dan Assifuah tidak perlu mengambil masa yang lama untuk cepat menyesuaikan diri dalam intensiti perlawanan serta menghidupkan lagi posisi serangan Kedah.

Pada aksi lalu, kelincahan Assifuah beberapa kali memberi kesukaran buat pertahanan JDT dari Indonesia seperti Jordi Amat untuk menghentikan beliau selain beberapa cetusan serangan terhasil melalui pemain tersebut.

Kualiti serta pengalaman dimiliki Assifuah sudah tentu ditagih sepenuhnya untuk cuba mencipta kejutan sensasi berdepan JDT di SSI pada aksi yang akan berlangsung hari ini.

Sumber:
Foto: Aizat Fadziya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN