Piala FA 2018: Yusri Tekad Bawa Kelantan Mara Ke Suku Akhir

Jurulatih sementara skuad The Red Warriors, Yusri Che Lah merahsiakan perancangannya untuk memastikan pasukannya menempah tiket ke suku akhir Shopee Piala FA musim ini.

Beliau membayangkan tidak akan melakukan banyak perubahan dalam pasukannya menjelang pertemuan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam esok.

“Tidak berlaku banyak perubahan terhadap pasukan untuk bertemu PKNS FC,” kata Yusri kepada Berita Harian.

“Tiada apa yang mahu saya ulas lanjut kerana semua orang tahu perlawanan ini adalah pertembungan yang cukup penting buat pasukan.

“Cuma apa yang boleh diperkatakan pasukan perlu lebih berhati-hati dalam perlawanan nanti memandangkan ia satu perlawanan kalah mati dan bakal menjadi penentu kepada laluan peringkat seterusnya Piala FA.

Yusri mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sebelum ke Shah Alam. FOTO: Kelantan FA

“Berdepan PKNS FC di tempat lawan untuk kali kedua pula bukan satu kerja mudah buat kami namun perkara itu boleh diatasi dengan perancangan teliti dan rapi serta fokus yang tinggi daripada semua pemain,” katanya.

Kelantan tewas kepada PKNS FC 0-1 di gelanggang yang sama dalam saingan Liga Super minggu lepas. Namun begitu, mereka sudah pun melupakan kekalahan itu dan tekad lakar kejutan malam esok.

Mengulas mengenai laluan pasukannya dalam saingan Piala FA musim ini, Yusri mengakui laluan terbabit amat berliku memandangkan setiap pasukan yang bersaing mempunyai kekuatan tersendiri.

“Sudah pasti hasrat kita untuk pergi lebih jauh dan layak ke peringkat akhir namun itu bukan perkara yang mudah.

“Tetapi saya yakin dengan kemampuan setiap pemain mereka mampu melakukan yang terbaik dari satu perlawanan ke satu perlawanan lalu membuka jalan untuk pasukan ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN