Piala FA 2018: Tok Gajah Tekad Pamer Aksi Terbaik Berdepan ATM

Rentak cemerlang ketika saingan Liga Super musim ini mahu diteruskan oleh pasukan Pahang apabila bakal melayan kunjungan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur malam ini.

Skuad bimbingan Dollah Salleh tidak sesekali akan memperkecilkan kemampuan ATM dan pada masa yang sama mahu menampilkan corak permainan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

Pengurus pasukan itu, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata kepada Berita Harian, beliau menuntut pemainnya mempamerkan prestasi terbaik dan tidak memandang rendah kepada pasukan lawan yang beraksi dalam saingan divisyen 3, Liga FAM musim ini.

“Saya nasihatkan pemain supaya mempamer prestasi terbaik dan tidak memperkecilkan kemampuan lawan yang mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana beberapa musim lalu.

“Saya harap pemain bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk memastikan kejayaan melangkah ke pusingan ketiga saingan ini.

“Biarpun ATM tidak dibarisi pemain import, ia tidak bermakna memberi kelebihan kepada Pahang kerana keputusan boleh berubah jika tersilap langkah,” katanya.

Skuad Tok Gajah giat menjalani latihan di Padang Taman Gelora sebelum menentang ATM malam ini. FOTO: Pahang FA

Suffian juga mengharapkan kehadiran ramai penyokong setia Tok Gajah untuk memenuhi Stadium Darul Makmur serta memberikan sokongan padu kepada pemain Pahang.

“Tanpa sokongan peminat, skuad Pahang tidak akan mencapai keputusan terbaik seperti yang pernah dipersembahkan dalam saingan Liga Super.

“Apabila penyokong datang memberi sokongan, ia sudah pasti memberi semangat dan lebih dekat antara pemain dan peminat,” katanya.

Pahang kini menghuni kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super dan mengumpulkan 7 mata selepas 4 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN