Shopee Piala FA: Hatrik Rufino Segovia Beri Kelebihan Selesa Buat Selangor

Separuh akhir Shopee Piala FA 2018 menyaksikan pertemuan seluruh Selangor melibatkan Selangor dan PKNS FC di Stadium KLFA, Cheras.

Selangor mempunyai peluang keemasan pada minit ke-8 menerusi Rufino Segovia namun hantaran dari Syahmi Safari kepada beliau dipatahkan oleh pertahanan PKNS FC.

Syahmi turut mempunyai peluang pada minit ke-16 apabila menerima hantaran bola dari sepakan percuma namun tandukan beliau tersasar.

PKNS FC hanya memperoleh peluang terbaik pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Bruno Matos tetap rembatan beliau serong ke luar sasaran gol.

Perlawanan berlangsung dalam tempo yang sederhana dalam majoriti separuh masa pertama.

Selangor akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama dengan Segovia menjaringkan gol hasil rembatan kaki kiri pada minit ke-39.

Seminit kemudian, beliau menggandakan jaringan untuk memberikan kelebihan buat tuan rumah!

Matos merupakan jelas pemain terbaik PKNS FC pada separuh masa pertama apabila beliau kerap memberikan ancaman kepada kubu pertahanan Selangor.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mencari gol.

Seperti separuh masa pertama, tempo permainan dengan seimbang di antara kedua-dua pasukan.

Kemasukan Safee Sali di separuh masa kedua memberikan lebih banyak pilihan buat barisan serangan PKNS FC.

Walaupun begitu, Selangor berjaya menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-57. Siapa lagi kalau bukan Rufino Segovia!

Beliau menyudahkan hantaran lintang rendah dari D. Kugan untuk melengkapkan hatrik beliau pada malam ini.

Safee Sali cuba memberikan ancaman menerusi rembatan pada minit ke-61 namun rembatannya tersasar dari sasaran.

Malang buat PKNS FC apabila Azmizi Azmi tertolak bola hantaran Segovia ke gawang sendiri untuk memberikan gol keempat Selangor pada minit ke-64.

PKNS FC bagaimana pun terus berusaha mendapatkan jaringan untuk memperoleh gol di tempat lawan. Namun sayang sekali, tiada jaringan dari pasukan pelawat.

Secara keseluruhannya, pasukan Selangor jelas menguasai perlawanan ini dengan baik. PKNS FC jelas tidak mampu menyaingi Selangor dalam perlawanan ini.

Terlalu banyak kerja yang perlu diperbaiki oleh PKNS FC menjelang perlawanan timbal balik.

Keputusan penuh, Selangor 4-0 PKNS FC.

Kesebelasan utama

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), Amirul Asyraf, Willian Pacheco, Alfonso De La Cruz, K. Kannan, Syahmi Safari, Saiful Ridzwan, Amri Yahyah (ketua pasukan), D. Kugan, Rufino Segovia, Ilham Udin

PKNS FC: Taufiq Ar Rasyid (penjaga gol), Rodney Celvin, Daniel Ting, Nik Shahrul, Jafri Chew, P. Gunalan (ketua pasukan), Azmizi Azmi, Bruno Matos, Oswaldo Ramirez, Rafael Ramazotti, Faris Ramli

Pegawai perlawanan

Pengadil: Suhaimi Mat Hasan
Pembantu pengadil 1: Ismadi Ibrahim
Pembantu pengadil 2: Saleh Yaacob
Pembantu pengadil tambahan 1: Fitri Maskon
Pembantu pengadil tambahan 2: Hamdan Awang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN