Shopee Piala FA: Tuah Sepakan Penalti Bawa Selangor Ke Separuh Akhir

Selangor memulakan perlawanan kedua Shopee Piala FA 2018 dengan kelebihan 3 gol menentang Kuala Lumpur.

Pasukan tuan rumah hampir saja membunuh perlawanan suku akhir ini pada minit awal apabila tandukan Rufino Segovia pada minit ke-4 hanya sipi di tepi tiang gol Kuala Lumpur.

Gambar: Sukan Malaysia Online

Zaquan Adha kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-5 selepas berlaku salah faham antara pertahanan Selangor, namun gol itu dibatalkan kerana Zaquan berada dalam kedudukan ofsaid.

Namun Zaquan berjaya juga mendapatkan pada minit ke-15 apabila hantaran dari sebelah kanan dari Ashri Chuchu dengan mudah ditolak dari jarak dekat oleh beliau.

Alfonso De La Cruz melakukan percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-28 namun rembatannya sipi sahaja dari gol Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur hampir memperoleh gol kedua menerusi sepakan percuma menerusi Indra Putra. Namun rembatan padu beliau hanya singgah di palang Selangor.

Hajat Kuala Lumpur untuk mendapatkan gol kedua terhasil selepas Paulo Josue menanduk tajam hasil dari hantaran lintang untuk menewaskan Azhan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Selangor terus mencari gol untuk terus menyukarkan kerja pasukan Kuala Lumpur di separuh masa kedua.

Gambar: Sukan Malaysia Online

Ilham Udin cuba menjaringkan gol namun percubaan dalam kotak penaltinya terus ke penjaga gol – Khatul Anuar.

Kuala Lumpur akhirnya berjaya menyamakan kedudukan agregat selepas Syazwan Andik berjaya merembat masuk bola ke dalam pintu gol pada minit ke-54.

Tersedar yang nasib mereka untuk ke separuh akhir berada dalam bahaya, Selangor terus melakukan serangan untuk mencari gol.

Namun persembahan dari Khatul cukup membanggakan apabila beliau melakukan pelbagai key saves untuk menyelamatkan Kuala Lumpur.

Evan Dimas hampir memberikan gol kemenangan buat Selangor di masa kecederaan namun percubaannya melewati palang gol.

Indra Putra juga terlepas peluang apabila tandukannya tidak menepati sasaran.

Perlawanan memasuki masa tambahan 30 minit selepas kedudukan agregat terikat 3-3.

Rembatan dari luar kotak penalti dari Syazwan cukup mengelirukan namun bola itu sedikit tersasar dari pintu gol pada minit ke-95.

Kuala Lumpur nyata kecewa dengan keputusan pengadil apabila Josue dinafikan sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh pertahanan Selangor.

Azhan menjadi wira Selangor apabila beliau melakukan sentuhan penting apabila menerima bola dari Zaquan dari sebelah tepi.

Beliau sekali lagi menyelamatkan Selangor apabila percubaan Josue ditepis keluar oleh beliau.

Zaquan melepaskan peluang keemasan di separuh masa kedua masa tambahan apabila tendangan beliau di hadapan gol Selangor melambung tinggi.

Kedua-dua pasuka nyata gagal mencari gol kemenangan dengan pemenang perlu ditentukan menerusi sepakan penalti.

Selangor berjaya menewaskan Kuala Lumpur menerusi penentuan sepakan penalti dengan jaringan 8-7.

Firdaus Faudzi gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika di penentuan kalah mati apabila Azhan berjaya menepis bola tersebut.

Berikut merupakan senarai penuh sepakan penalti sebentar tadi.

Kesebelasan utama

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), A. Namathevan, Razman Roslan (ketua pasukan), Amirul Ashraf, K. Kannan, Saiful Ridzwan (Azammuddin Akil 95′), Evan Dimas, Alfonso De La Cruz (K. Sarkunan 51′), D. Kugan (Sean Selvaraj 60′), Rufino Segovia, Ilham Udin

Kuala Lumpur: Khatul Anuar (penjaga gol), Syazwan Andik, Firdaus Faudzi, Ashri Chuchu (Hafiz Johar 78′), Bobirjon Akbarov, Irfan Zakaria, Achmad Jufriyanto, Zhafri Yahya, Indra Putra (ketua pasukan), Paulo Josue, Zaquan Adha

Pegawai perlawanan

Pengadil: Nafeez Abdul Nawab
Penolong pengadil 1: Azman Ismail
Penolong pengadil 2: Khalid Aris
Pengadil tambahan 1:  Amli Abdullah
Pengadil tambahan 2: Ismail Amin
Pengadil ke-4: Farhan Aziz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN