Piala FA 2018/19: Hatrik Fernando Llorente Bantu Tottenham Hotspur Belasah Tranmere Rovers 7-0

Tottenham

Tottenham Hotspur terlalu gah buat Tranmere Rovers selepas membelasah kelab yang beraksi dalam EFL League Two itu 7-0 pada pertemuan pusingan ketiga Piala FA 2018/19 di Prenton Park, awal pagi tadi.

Pada perlawanan ini, Mauricio Pochettino merehatkan beberapa pemain utama seperti Harry Kane (dimasukkan minit ke-75), Christian Eriksen, Kieran Trippier dan Toby Alderweireld di kesebelasan utama.

Lebih mencuri tumpuan adalah keupayaan Fernando Llorente yang mencipta hatrik serta Serge Aurier menyumbat dua gol.

Tottenham bagaimanapun memerlukan 40 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Aurier.

Aurier melepaskan rembatan menarik dari luar kawasan penalti untuk membuatkan penjaga gol Tranmere, Scott Davies terpaku mampu melihat bola membolosi gawangnya.

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan, Tottenham melangkah masuk bagi menyambung aksi separuh masa kedua dengan begitu ampuh.

Fernando Llorente menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48 selepas beliau dengan mudah menolak masuk bola hasil hantaran lintang diilhamkan Son Heung-Min.

BIRKENHEAD, ENGLAND – JANUARY 04: Heung-Min Son of Tottenham Hotspur scores his team’s fourth goal past Scott Davies of Tranmere Rovers during the FA Cup Third Round match between Tranmere Rovers and Tottenham Hotspur at Prenton Park on January 4, 2019 in Birkenhead, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Aurier sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya walaupun hanya beraksi sebagai pemain pertahanan apabila menyudahkan hantaran Son berselang tujuh minit kemudian.

Selepas mencipta dua bantuan jaringan, Son tidak ketinggalan meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-55 menerusi gerakan solo dan kemudiannya disudahkan dengan percubaan kaki kiri yang gagal dihalang Davies.

Llorente yang menjaringkan gol kelima perlawanan pada minit ke-71 melengkapkan hatrik hanya seminit selepas jaringan kedua terhasil setelah dengan tenang menyudahkan hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol tuan rumah.

Kane yang menggantikan Llorente menutup pesta jaringan tersebut dengan gol ketujuh pada minit ke-82.

Kemenangan besar ini bukanlah satu kejutan buat Spurs kerana keputusan seperti ini sudah dijangka.

Namun, ia mampu menjadi tonik yang sangat berguna menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Carabao pada hujung minggu ini menentang Chelsea dan kemudiannya akan berdepan Manchester United bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN