Piala EFL: Liverpool ‘Bungkus’ Awal, Spurs Mara, Leeds Catat Keputusan Dramatik!

Piala EFL Carabao pusingan ketiga menyaksikan 11 perlawanan berlangsung pada awal pagi tadi.

Leicester 2 Liverpool 0

Liverpool masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Skuad Jurgen Klopp terus dirundung malang apabila kalah di tangan Leicester dalam saingan awal Piala EFL awal pagi tadi.

2 gol Leicester dihasilkan pada separuh masa kedua menerusi Okazaki dan juga Slimani. Kekalahan ini meletakkan tekanan di bahu Jurgen Klopp. Liverpool sekali lagi bermasalah untuk bertahan ketika bola mati.

Spurs 1 Barnsley 0

Tottenham Hotspur berjaya melepasi cabaran getir yang dihadirkan oleh Barnsley. Spurs agak bergelut untuk mencari gol meskipun ada 70% penguasaan bola dan lebih 26 percubaan ke arah gol.

Namun Dele Alli memberikan kelegaan kepada Spurs dengan gol di minit ke-66. Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut Spurs di Wembley dalam Cup Competitions.

West Ham 3 Bolton 0

West Ham berjaya menyingkirkan Bolton dengan kemenangan bergaya 3-0. Ogbonna membuka tirai jaringan pada minit ke-4.

Ini diikuti oleh gol daripada Diafara Sakho pada minit ke-31. Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan 2-0, Masuaku menambah 1 lagi gol.

Crystal Palace 1 Huddersfield 0

Crystal Palace akhirnya merasai kemenangan dan melihat pemain mereka menjaringkan gol. Diharap semangat ini akan dibawa di dalam perlawanan liga selepas ini.

Gol kemenangan Palace dijaringkan oleh Bakary Sako pada minit ke-13. Kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang jaringan selepas itu. Ini kemenangan pertama Roy Hodgson bersama Crystal Palace!

 

Bristol City 2 Stoke 0

Skuad Stoke City dikejutkan oleh pasukan Championship League, Bristol City. Skuad Mark Hughes turun dengan formasi bek bertiga di dalam perlawanan ini.

Gol Bristol City hadir pada minit ke-50 menerusi Diedhiou dan 10 minit kemudian menerusi Taylor. Kemenangan ini boleh dikira antara kejutan dalam perlawanan EFL kali ini.

Stoke City terus dibelenggu masalah konsistensi pada musim ini.

Burnley 1 Leeds 1 (AET 2-2, Penalti Leeds menang)

Ini adalah perlawanan yang paling rancak di antara semua yang berlangsung pada awal pagi tadi. Perlawanan 0-0 sehinggalah minit ke-80 apabila Hadi Sacko meletakkan Leeds di hadapan.

Namun, bekas penyerang sensasi Leeds yang kini menyertai Burnley menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Dalam masa tambahan 30 minit, Pablo Hernandez sekali lagi meletakkan Leeds di hadapan pada minit ke-94. Namun 2 minit selepas itu, Robbie Brady menyamakan kedudukan.

Dalam penentuan sepakan penalti, Leeds menang 5-3 dan mara ke pusingan seterusnya.

Lain-lain keputusan

Keputusan lain untuk perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi adalah seperti berikut:

Aston Vila 0 Middlesbrough 2

Brentford 1 Norwich 3

Wolves 1 Bristol Rovers 0 (AET)

Reading 0 Swansea 2

Bournemouth 1 Brighton 0 (AET)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN