Piala Dunia Wanita B-20: Jepun Kalahkan Sepanyol Bagi Mengecapi Kejuaraan Pertama

Jepun

Jepun berjaya menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita Bawah-20 edisi 2018 pada pagi tadi.

Jepun menjadi negara Asia kedua menjadi juara kejohanan ini selepas Korea Utara.

Samurai wanita

Hinata Miyazawa menjaringkan gol pertama untuk Jepun pada minit ke-38 sebagai gol pendahuluan. Jepun mempunyai kelebihan 1 gol semasa tamat separuh masa pertama.

Jepun kemudiannya menyumbatkan dua gol pada separuh masa kedua. Saori Takarada dan Fuka Nagano mencatatkan nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Saori menjaringkan gol pada minit ke-57 manakala Fuka menjaringkan gol pada 8 minit kemudian.

Candela Andujar menjaringkan 1 gol pada minit ke-71 untuk Sepanyol bagi merapatkan defisit skor. Kedudukan 3-1 berakhir hingga tamat masa perlawanan.

Kedua-dua pasukan ini sebenarnya diundi bersama dalam Kumpulan B. Semasa aksi kumpulan tempoh hari, Jepun tewas kepada Sepanyol melalui gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Carmen Menayo.

England raih tempat ketiga

Pemain England meraikan kejayaan pada perlawanan play-off tempat ketiga (Photo by Vincent Michel/Icon Sport via Getty Images)

Perlawanan penentuan tempat ketiga diadakan pada Jumaat. England menewaskan tuan rumah, Perancis melalui sepakan penalti.

England mendahului perlawanan seawal minit ke-46 melalui gol Georgia Stanway. Perancis menyamakan kedudukan pada Emelyne Laurent pada minit ke-68 melalui sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan. England menjaringkan 4 penalti berbalas 2.

Anugerah

Saori Takarada (Jepun), Patricia Guijarro (Sepanyol) dan Moeka Minami (Jepun) menerima anugerah masing-masing selepas perlawanan akhir. (via Getty Images)

Patricia Guijarro dari Sepanyol telah menjaringkan 6 gol dan membuat 3 bantuan gol. Tidak hairanlah beliau dianugerahkan ‘Golden Boot’ untuk kejohanan ini.

Patricia turut dianugerahkan ‘Golden Ball’ kerana aksi cemerlang yang telah ditunjukkan semasa kejohanan ini. Beliau telah dipilih oleh panel khas yang dilantik FIFA.

England boleh berbangga dengan Sandy MacIver. Sandy telah merangkul anugerah ‘Golden Glove.’ Juara edisi kali ini, Jepun pula menerima ‘FIFA Fair Play Award.’

Ke mana arah juara sebelum ini?

Juara 3 kali, Jerman kalah kepada Jepun dalam saingan suku akhir. Jepun menewaskan Jerman dengan 3 gol berbalas 1.

Tuan rumah, Perancis membenam cabaran juara dua kali, Korea Utara juga dalam perlawanan suku akhir.

Amerika Syarikat, pemenang tiga kali turut menerima nasib malang dalam edisi kali ini. Mereka terkeluar daripada saingan seawal peringkat kumpulan.

Untuk edisi 2020, FIFA masih belum membuat sebarang keputusan negara manakah akan menjadi hos untuk kejohanan ini. Dijangka pada awal tahun hadapan barulah kita dapat mengetahui negara mana yang terpilih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN