Piala Dunia Tiba Lebih Awal Buat Penggemar Permainan Konsol FIFA 18

Anda boleh mengalami aksi Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia mulai 29 Mei ini. Sebentar. Bukankah sepak mula Piala Dunia hanya akan mengambil tempat mulai 14 Jun hadapan?

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah Piala Dunia tiba lebih awal buat penggemar permainan konsol FIFA 18.

Sumber: FIFA

Ini berikutan syarikat permainan konsol terkemuka dunia, EA Sports mengumumkan permainan FIFA 18 akan mempunyai add-on, dan boleh dimuatnaik bagi mereka yang sudah memiliki koleksi permainan tersebut.

Kemaskini terbaru untuk permainan FIFA 18 ini akan mempunyai kejohanan Piala Dunia 2018, dan juga versi berasingan FIFA Ultimate Team.

Sumber: FIFA

Berita baiknya ialah, anda tidak perlu membelinya. Ia didatangkan percuma untuk pengguna Playstation 4 dan juga Xbox One.

Selain daripada tarikh pelancaran pada 29 Mei hadapan, EA Sports turut menampilkan kesemua 12 stadium, beserta jersi asli setiap negara bertanding, lambang setiap pasukan, dan juga penggunaan bola Adidas jenama Telstar di dalam permainan tersebut.

Ia membenarkan anda untuk memilih mana-mana pasukan di kalangan 32 buah negara yang telah melayakkan diri ke pusingan akhir, bermula dari saingan peringkat kumpulan sehinggalah ke perlawanan akhir di Moscow.

Sumber: FIFA 18

Jika pasukan kegemaran anda adalah Itali, Wales ataupun Scotland yang tidak melayakkan diri ke Piala Dunia 2018, usah risau. EA Sports turut boleh merealisasikan kenyataan anda untuk melihat pasukan kesayangan masing-masing beraksi di Piala Dunia, walaupun sekadar di dalam permainan konsol.

Ini adalah kerana EA Sports membenarkan pemain mencipta sendiri kejohanan tersebut, untuk anda merasakan sendiri bahang dan pasukan kesayangan anda beraksi di Rusia.

Untuk Ultimate Team, setiap pemain dibolehkan untuk membina pasukan impian sendiri untuk skuad kebangsaan, dan turut menampilkan beberapa pemain ikonik sepanjang sejarah Piala Dunia.

Apa kata peminat FIFA? Bersediakah anda untuk Piala Dunia 2018?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN