Liverpool berjaya mara ke final Piala Dunia Kelab 2019 selepas menewaskan Monterrey, dalam aksi yang mendebarkan.
Liverpool kehilangan khidmat Virgil Van Dijk dan Dejan Lovren. Membuatkan Klopp terpaksa menurunkan Jordan Hederson di bek tengah.
Percaturan Klopp jelas mengundang banyak masalah di pertahanan Liverpool terutama sekali menjadikan Adam Lallana sebagai pemain tengah defensif.
The Reds 🔴#ClubWC pic.twitter.com/TwYAc2nuM3
— Liverpool FC (@LFC) December 18, 2019
Liverpool bermula dengan intensif dalam perlawanan ini. Namun mereka sentiasa berhadapan dengan unit pertahanan yang ramai dan agresif di blok rendah.
Mohamed Salah ternyata sukar untuk melakukan banyak aksi dengan corak pertahanan agresif pasukan lawan.
Namun pemain itu tetap berjaya melepaskan satu hantaran licik kepada Naby Keita. Salah menerima bola daripada Milner dan beliau melepasi Leonel Vangioni.
Salah melihat gerakan Keita dan menghantar kepada pemain tersebut, dan Keita menyempurnakan gol tersebut.
Three goals in his last three games for Naby ⚽️ pic.twitter.com/G1X58iPd2Y
— Liverpool FC (@LFC) December 18, 2019
Namun gol itu tak bertahan lama. Rodolfo Pizarro dikasari oleh James Milner. Ia membolehkan pasukan lawan mendapat sepakan percuma. Jesus Gallardo melakukan voli deras namun dihadang oleh Alisson. Tetapi Rogelio Funes Mori melakukan susulan jarak dekat untuk gol penyamaan.
Tidak lama selepas itu, Funes Mori menguji Alisson sekali lagi ketika menerima hantaran Dorlan Pabón. Namun penjaga gol terbaik dunia itu berjaua menghadang beliau.
Kehilangan Virgil Van Dijk jelas sekali dirindui oleh Liverpool yang sukar untuk bertahan bola tinggi.
Jurgen Klopp agak buntu untuk memecahkan pertahanan Monterrey.
Kemasukan pemain seperti Sadio Mane, Roberto Firmino dan Trent Alexander Arnold jelas memberikan kualiti tambhanan kepada Liverpool.
Dan ketika masa kecederaan, Arnold melakukan satu hantaran paras lutut yang cantik dan berjaya disentuh oleh Roberto Firmino di hadapan penjaga gol.
Penyerang kebangsaan Brazil itu mudah menyempurnakan gol hasil umpanan yang secantik itu. Firmino menjaringkan gol tersebut pada masa kecederaan.
Never in doubt Bobby 🔴 #YNWA pic.twitter.com/ufvnWJqe4i
— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) December 18, 2019
Liverpool menang 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Flamengo pada 21 Disember ini.