Anda hendak bandingkan pasukan bola sepak 11 sebelah Brazil atau pantai, mana lagi hebat?
Baiklah, kejuaraan dunia bola sepak pantai diadakan 19 kali sejak 1995, Brazil menang 14 kali.
Jika bola sepak 11 sebelah, Piala Dunia sudah 21 kali diadakan termasuk edisi Rusia. Brazil hanya menang 5 kali.
Tidak perlu kira peratusan di kalkulator, anda boleh congak sendiri mana lagi hebat! Kali terakhir negara Samba itu menjulang Piala Dunia Bola Sepak Pantai ialah pada 2009.
Akhir: Brazil 6-0 Tahiti
Dua gol dari Mauricinho dapat membantu Brazil menumbangkan gergasi Oceania dalam bola sepak pantai dalam final Piala Dunia kelmarin.
Daniel juga menjaringkan dua gol untuk pasukan Amerika Selatan itu. Kami muatkan sorotan perlawanan yang diadakan di Bahamas tempoh hari.
Tempat ketiga: Iran 5-3 Itali
Benua Asia boleh berbangga dengan kemenangan Iran ke atas Itali. Mohammad Ahmadzadeh menjaringkan hatrik untuk memalukan wakil Eropah. Tambah manis beliau menggondol anugerah Golden Ball.
Penjaga gol Iran, Peyman Hosseini juga dianugerahkan Golden Glove.
Meskipun pahit untuk Itali, salah seorang pemainnya Gabriele Gori telah menjaringkan 17 gol. Gabriele dinobatkan penjaring terbanyak edisi kali ini. Beliau dianugerahkan Adidas Golden Scorer.
Maka, berakhirlah sudah Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2017. Memang ironi negara yang layak empat terbaik kali ini semua daripada benua berlainan.
Rasanya format 16 perlu digandakan menjadi 32 pasukan. Setakat artikel ini ditulis, FIFA tiada mengumumkan negara mana dipilih menjadi hos Piala Dunia 2019.
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Chelsea Terlalu Hampir Juara EPL 2016/17