Piala Dunia Bawah-17 2017: Amerika Syarikat Melangkah ke Pusingan Kedua

Gol Ayo Akinola pada minit ke-75 untuk Amerika Syarikat menewaskan Ghana membantu pasukan itu mara ke pusingan kedua. Amerika Syarikat kini berada di tangga teratas Kumpulan A.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Kedudukan itu berubah apabila Ayo Akinola menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus gol kemenangan.

Colombia bergelut

Tuan rumah, India memberikan cabaran hebat buat Colombia. Gawang India tidak bolos pada separuh masa pertama.

Juan Penaloza menjaringkan gol buat Colombia pada minit ke-49. Jeakson pula menjaringkan gol penyamaan India pada minit ke-82.

Seminit kemudian, Juan Penaloza menjadi hero Colombia menjaringkan gol kemenangan. Colombia kini berada di tangga kedua Kumpulan A.

Mali malukan Turki

3 gol Mali memastikan Turki tewas. Djemoussa Traore menyumbat gol pertama Mali pada minit ke-38. Mali menambah gol kedua melalui Lassana Diaye pada minit ke-68.

4 minit sebelum tamat masa sebenar, Fode Konate menambah gol untuk wakil Afrika itu. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat masa sebenar.

Pesta gol

Paraguay berpesta gol menewaskan New Zealand, 4-2. Pada minit ke-2, Alan Rodriguez menjaringkan gol permulaan buat Paraguay. Alexis Duarte dari Paraguay terjaringkan gol sendiri pada minit k-20.

Alexis Duarte juga menjaringkan gol sendiri kedua pada minit ke-34. Paraguay ketinggalan pada tamat separuh masa pertama.

Mujurlah 2 gol dalam 3 minit oleh Anibal Vega menyelamatkan maruah Paraguay. Gol dijaringkan pada minit ke-75 dan 78. Blas Armoa menambahkan gol Paraguay pada minit 90+1. Paraguay dan Mali menduduki dua teratas Kumpulan B.

Costa Rica terikat

Kumpulan C pula menyaksikan Guinea berjaya mengikat Sepanyol. Gol Costa Rica diperoleh melalui Jarquin dan Andres Gomez. Guinea pula meraih gol daripada Fandje Toured dan Ibrahima Soumah.

Iran kejutkan Jerman. Younes Delfi menyumbangkan dua gol untuk Jerman. Dua pemain lain masing-masing menyumbangkan gol untuk Iran. Iran menduduki carta Kumpulan C.

Sepanyol belasah Niger

Abel Ruiz membantu Sepanyol menewaskan Niger 4-0. Dua golnya bersama dua gol pemain lain telah memastikan mereka membenam cabaran wakil Afrika itu.

Brazil juga melepasi cabaran Korea Utara. Lincoln dan Paulinho menjaringkan masing-masing satu gol untuk Korea Utara. Keputusan berkesudahan Korea Utara 0-2, Brazil

Kini, Brazil berada di carta teratas Kumpulan D.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN