Kini tinggal Arab Saudi sahaja yang masih mengibarkan cabaran wakil Asia dalam usaha layak ke pusingan suku akhir Piala Dunia B-20 untuk edisi 2017, Korea Selatan.
Ini selepas Korea Selatan dan Jepun tumpas di peringkat kumpulan dan peringkat 16 terakhir.
Korea Selatan, Jepun ucap selamat tinggal
Selepas aksi cemerlang melepasi kumpulan sukar, Korea Selatan gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri dengan tewas kepada Portugal.
Xadas menjaringkan gol pendahuluan untuk Portugal seawal minit ke-10. Kemudiannya, Bruno Costa menambah gol pada minit ke-27. Xadas menjaringkan gol ketiga Portugal pada minit ke-69.
Lee Sang Heon meraih gol saguhati tuan rumah pada minit ke-81.
Satu lagi wakil Asia, Jepun ditewaskan oleh Venezuela. Venezuela meraih gol tunggal sekaligus gol kemenangan melalui Yangel Herrera pada minit ke-108.
Kedua-dua pasukan itu terikat 0-0 sehingga tamat masa sebenar. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Aksi hari ini (waktu Malaysia)
Ada 3 lagi aksi peringkat 16 terakhir pada hari ini. Pertamanya adalah melibatkan Uruguay mln. Arab Saudi. Sepak mula adalah pada pukul 4 petang waktu Malaysia.
Pasukan pilihan England akan bertemu Costa Rica dalam perlawanan yang akan bermula 7 malam waktu Malaysia.
Wakil dari Afrika, Zambia akan berhadapan dengan satu lagi pasukan pilihan iaitu Jerman. Perlawanan ini juga berlangsung pada 7 malam waktu Malaysia.
Manakala esok akan berlangsung 3 lagi perlawanan.
Mexico akan berhadapan dengan Senegal. Manakala USA akan berhadapan dengan New Zealand. Perlawanan tumpuan pastinya terarah kepada seteru dalam bola sepak iaitu Itali yang akan berhadapan Perancis.