Sebentar tadi, England menumpaskan Brazil dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Bawah-17 di India. Aksi separuh akhir itu berlangsung di Kolkata di hadapan ribuan penonton.
Asalnya, perlawanan ini dirancang untuk dianjurkan di Guwahati. Namun, disebabkan kualiti padang yang terjejas dek hujan, penganjur memindahkannya ke Kolkata.
England mendahului permainan melalui gol Rhian Brewster pada minit ke-10. Kemudiannya, Wesley menyumbangkan gol penyamaan untuk Brazil pada minit ke-21.
Pada minit ke-39, Rhian Brewster menyumbat gol England yang kedua. Hari gemilang buat beliau apabila sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-77.
Perlawanan berkesudahan England menumbangkan Brazil 3 gol berbalas 1. England mara ke perlawanan akhir. Tahun ini adalah tahun cemerlang untuk bola sepak England di peringkat belia dan remaja.
U17 Euros
U19 Euros
U21 Euros
U20 World Cup
U17 World Cup
Toulon TournamentEngland have made the final in 5 out of the 6 tournaments. pic.twitter.com/UL3qyit8Tn
— SCOUTED (@scoutedftbl) October 25, 2017
Hebat bukan?
Mali terbabas
Abel Ruiz mencatat nama sebagai penjaring gol buat Sepanyol dalam perlawanan separuh akhir kedua. Beliau dua kali menewaskan penjaga gol Mali.
Beliau menjaringkan gol pertama pada minit ke-19. Kemudian, pada minit ke-43 Abel Ruiz menambah jaringan untuk pasukannya.
Ferran Torres menjaringkan gol ketiga buat Sepanyol pada minit ke-71. 3 minit kemudian, Mali mendapat gol saguhati melalui Lassana NDiaye.
Sepanyol menewaskan Mali 3-1.
Perlawanan akhir
Kali ini, pertemuan sesama Eropah bakal berlangsung antara England dengan Sepanyol. Perlawanan akhir akan diadakan pada jam 10.30 malam (waktu Malaysia), 28 Oktober (Sabtu).
Sementara itu, perlawanan penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada 7.30 malam (waktu Malaysia) pada hari yang sama. Mali akan dipertemukan dengan Brazil untuk perlawanan tersebut.
Kedua-dua perlawanan itu akan dilangsungkan di Kolkata.