Asia Dapat 8.5 Slot Piala Dunia 2026, Apakata AFC Gunakan Kaedah Ini

Slot Asia (AFC) untuk Piala Dunia 2026 dinaikkan menjadi 8.5. Ya 8 slot terus, dan 0.5 ialah merujuk kepada slot play-off.

Penulis pasti anda rasa bosan dengan negara ‘pi mai pi mai tang tu’ yang layak Piala Dunia.

Penulis ingin mencadangkan cara kelayakan Piala Asia 2026 yang boleh dipertimbangkan Konferedasi Bola Sepak Asia.

Asia mempunyai 47 negara ahli. Kekecualian pada Northern Mariana Islands, baki 46 negara ahli dibenarkan menyertai kelayakan Piala Dunia. Namun 46 negara itu diagihkan kepada 5 zon.

Asia mempunyai 5 zon iaitu Timur, Tenggara, Tengah, Selatan dan Barat. Setiap zon mengadakan kejohanan serantau kecuali Asia Tengah.

Berikut merupakan cadangan perubahan format kelayakan Piala Dunia Zon Asia untuk edisi 2026.

1 kuota terus 1 zon

Asia Timur mempunyai kejohanan yang dikenali EAFF Championship. Banyak gergasi Asia berada di Asia Timur seperti Korea Selatan dan Jepun. Asia Timur mempunyai 9 negara tidak termasuk Northern Mariana Islands.

Japan’s Maya Yoshida, left, fights for the ball with Thailand’s Adisak Kraisorn during their final round soccer match of 2018 World Cup Asian Qualifiers, in Saitama, north of Tokyo, Tuesday, March 28, 2017. (AP Photo/Shizuo Kambayashi)

Nota penulis: Northern Mariana Islands tidak dibenarkan menyertai Kelayakan Piala Dunia berikutan negara itu bukan ahli FIFA. Walaupun mereka ahli AFC dan EAFF.

Asia Selatan di bawah kelolaan badan SAFF yang dinamakan SAFF Championship.7 negara berada di bawah zon Asia Selatan termasuk India, Pakistan dan Bangladesh.

Ya, SAFF memang juga mengadakan kejohanan seperti EAFF. India juara terakhir pada edisi 2015 lalu.

Seterusnya penulis membawa pembaca terbang jauh ke Asia Barat. 12 negara Asia Barat membentuk West Asian Football Federation (WAFF).

WAFF sebagaimana zon serantau lain menganjurkan juga kejohanan untuk mencari siapa raja Asia Barat dan juga dinamakan WAFF Championship.

Err, tiada nama lainkah? Kenapa mesti nak sama?

Biasalah, Asia Barat ramai juga jaguh bola sepak. Terutamanya Arab Saudi. Meskipun Arab Saudi layak 4 kali ke Piala Dunia, negara itu tidak pernah menjuarai WAFF Championship!

Asia Tengah merupakan wajah baru dalam zon serantau bola sepak Asia. Iran, Afghanistan dan Uzbekistan merupakan negara pembentuk CAFA.

Sebanyak 6 negara yang menjadi ahli CAFA. Namun sayang,mereka tiada kejohanan serantau seperti zon lain. CAFA, anda ada kerja perlu dibuat!

Juara AFF, Layak Ke Piala Dunia?

Bohonglah jika kita tidak mengenali Piala AFF Suzuki yang pernah kita julang pada 2010. Tidak salah jika Piala AFF Suzuki menjadi kelayakan Piala Dunia sekaligus.

Barulah rasa sesuai untuk kita mengejar bersungguh-sungguh kejuaraan itu. Tiadalah rasa nak jadi jaguh kampung atau sekadar menaikkan kedudukan dalam carta Ranking FIFA.

Dalam kata lain, juara setiap kejohanan zon serantau lain seperti EAFF, WAFF, SAFF Championship juga diberi tiket terus ke Piala Dunia.

Mana baki lagi 3.5?

Memandangkan ada 3.5 slot tinggal, wajarlah AFC mempertimbangkan naib juara setiap kejohanan serantau diberikan peluang untuk bersaing dalam pusingan kumpulan khas.

Baru 5 negara wakil setiap zon. Mana baki untuk lagi 1? Tak mungkin nak adakan kejohanan dalam angka ganjil?

Ini jawapannya, AFC mesti memilih negara terbaik ranking FIFA yang tidak menjadi finalis kejohanan serantau. Ini bererti, negara itu mestilah bukan negara yang sudah layak dan yang layak merebut slot 3.5.

Contoh situasi;

Arab Saudi (Barat), Uzbekistan (Tengah), India (Selatan), Australia (Tenggara) dan Jepun (Timur) sudah layak ke Piala Dunia 2026.

Manakala finalis piala serantau akan merebut slot melalui 3.5 iaitu Lubnan (Barat), Iran (Tengah), Pakistan (Selatan), Thailand (Tenggara) dan Korea Selatan (Timur) akan beradu satu sama lain.

Baki 1 lagi negara untuk menggenapkan slot keenam ialah China. Ini kerana China negara paling terbaik layak ke laluan ini. Sebabnya? Ranking China terbaik FIFA tetapi masih tidak layak melalui zon serantau.

Penulis sarankan keenam negara ini disatukan dalam kumpulan khas yang mengamalkan perlawanan ‘home-and-away’. 3 teratas akan ke Piala Dunia dan tempat keempat akan ke play-off Piala Dunia.

Format ringkasan cadangan Kelayakan Piala Dunia Asia 2026 (Kredit: Loqman Izzat)

Kesimpulan

Rasanya format ini lebih mesra dan senang difahami. Bukan apa, kami pun rasa terbelit dengan format kelayakan Piala Dunia 2018. Masakan tidak, ia digabungkan pula dengan Piala Asia 2019.

Tidak salah juga jika format ini nampak memperbaiki kelompongan format sebelumnya. Maklumlah juga benua Asia bersaiz besar? Bukankah penjimatan perlu dianjurkan dalam bola sepak?

Penulis terbuka jika pembaca ada cadangan yang lagi bijaksana. Selagi AFC tidak menggubal cara kelayakan, tiada masalah untuk memberi cadangan agar ia dapat dimanfaatkan!

Baca juga: Kenapa Ada 2 Pengadil Diatas Padang Ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1999?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN