Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi telah mengesahkan Piala Dunia di Qatar ini bakal menjadi kali terakhir yang disertai beliau sebagai pemain sebelum bersara.
Untuk rekod, pemain yang menyandang kejuaraan Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu tidak pernah memenangi kejohanan berprestij itu sepanjang kariernya sehingga kini.
Lionel Messi: “Yes, surely this will be my last World Cup.”
The last dance 💔 pic.twitter.com/JmQfJr3zvU
— SPORTbible (@sportbible) October 6, 2022
Kali terakhir Messi hampir merasai gelaran juara Piala Dunia ketika tahun 2014 dalam aksi final sewaktu Argentina berdepan Jerman di Brazil.
Namun, nasib tidak memihak beliau apabila Jerman berjaya mendapat gol kemenangan pada masa tambahan hasil jaringan Mario Gotze untuk meranapkan impian Argentina.
Walaupun begitu, Messi tetap mendapat penghargaan individu apabila dipilih sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
Argentina sekali lagi menjadi pasukan mencuri tumpuan pada aksi Piala Dunia kali ini setelah mereka tampil serba positif dalam beberapa aksi persahabatan sebelum itu.
Messi sendiri telah mengesahkan kejohanan kali ini merupakan peluang terakhir buat dirinya untuk menjuarainya sekali gus melengkapkan koleksi trofi sepanjang bergelar pemain profesional.
“Ini merupakan kali terakhir saya beraksi dalam saingan Piala Dunia. Ianya sudah dipastikan. Keputusan ini sudah pun muktamad,” jelas Messi kepada wartawan sukan Argentina, Sebastian Vignolo.
Perkara itu turut dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano yang turut berkongsikan perkara berkenaan di media sosial miliknya.
Leo Messi announces: “This will be my last World Cup — for sure. The decision has been made”, tells @PolloVignolo. 🚨🇦🇷 #Argentina
Important to clarify again that Messi will not decide his future between PSG and Barça now or in the next weeks; it will be in 2023. pic.twitter.com/W54EDZIpfm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 6, 2022
Menurut Sport Bible, biarpun Messi menikmati saat terbaik selama ini bersama kelab-kelab diwakili untuk meraih pelbagai kejuaraan, ia mengambil masa sehingga tahun 2021 untuk pemain tersebut mendapat trofi bersama skuad kebangsaan.
Perkara tersebut menjadi kenyataan apabila Argentina berjaya meraih gelaran juara Copa America ketika mereka menewaskan Brazil pada aksi final dengan keputusan penuh, 1-0.
Messi sebenarnya sudah pun beraksi dalam lima kejohanan Piala Dunia sebelum ini dengan penampilan pertama beliau pada tahun 2006 sewaktu berdepan Serbia dan Montenegro.
Kini, Messi sedang mempersiapkan dirinya bersama rakan sepasukan untuk Piala Dunia kali keenam disertai beliau dengan Argentina menjadi pasukan pilihan ketiga untuk menjuarainya.
Leo #Messi: "Qatar 2022 will be the last World Cup I've played." 💔#Argentina #Wallpapers pic.twitter.com/YukJPYDnzB
— خالدز (@5aledz_) October 6, 2022
Calon utama untuk merebut kejuaraan tersebut ialah Brazil dan seterusnya ialah pemenang edisi lalu iaitu Perancis berdasarkan reputasi semasa mereka.