Jepun Berjaya Lunaskan Dendam Piala Dunia 2014, Tewaskan Colombia 2-1

Perlawanan Piala Dunia 2018 malam ini menyaksikan Colombia bertemu dengan Jepun dengan pasukan Asia itu mempunyai misi tersendiri.

Misi mereka pastinya ingin membalas dendam kekalahan di tangan Colombia dalam saingan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Colombia memulakan permainan dengan langkah sumbang apabila Carlos Sanchez dibuang pada seawal minit ke-3.

Hal ini disebabkan beliau menahan bola dengan tangan di dalam kotak penalti ketika menghalang rembatan Shinji Kagawa.

Kagawa kemudiannya dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti dengan menewaskan David Ospina pada minit ke-6.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Shinji Kagawa of Japan celebrates after scoring a penalty for his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Carl Court/Getty Images)

Jepun mempunyai peluang kedua untuk menjaringkan gol menerusi Takeshi Inui dari sebelah kiri, namun rembatan finesse beliau sedikit tersasar dari sasaran.

Yuya Osako turut mempunyai peluang namun percubaan beliau dari sudut sukar langsung tidak mengena pada arah gol.

Bagi Colombia, Radamel Falcao mempunyai 2 peluang terbaik selepas menerima lambungan dari rakan sepasukan.

Namun, 2 kuisan yang dilakukan oleh beliau tidak bahaya dan terus ke dakapan Eiji Kawashima.

Colombia mungkin terseksa beraksi 42 minit dengan 10 orang, namun mereka tetap berjaya memperoleh jaringan gol menerusi Juan Quintero.

Sepakan percuma beliau dari luar kotak penalti Jepun dengan bijak dihalakan ke bawah benteng Jepun dan terus ke dakapan Kawashima.

Untung bagi Colombia, bola itu telah melebihi garisan gol walaupun ditangkap kemas Kawashima. 1-1 selepas 39 minit permainan.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Juan Quintero of Colombia scores the first Colombia goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Di separuh masa kedua, Jepun terus berusaha untuk mendapatkan gol kedua.

Osako terus memberikan ancaman kepada Colombia dengan beberapa percubaan ke arah pintu gol, namun percubaan beliau majoritinya terus ke arah Ospina.

Inui turut mempunyai peluang yang hampir sama beliau dapat di separuh masa pertama, kali ini percubaan beliau lebih baik tetapi ditepis oleh Ospina.

Hiroki Sakai turut mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun percubaan jarak dekat beliau dihalang oleh pertahan Colombia dari jarak dekat.

Usaha keras Osako berhasil juga pada minit ke-72 selepas menerima hantaran dari Keisuke Honda dari situasi sepakan penjuru.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Yuya Osako of Japan celebrates scoring the 2nd Japan goal to make it 2-1 with Yuto Nagatomo and Makoto Hasebe of Japan during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Carl Court/Getty Images)

James Rodriguez terlepas peluang untuk menjaringkan gol penyamaan namun Osako berjaya menghalang rembatan tersebut sebelum sempat menguji Kawashima.

Kemenangan Jepun ini sungguh signifikan buat mereka. Hal ini kerana, mereka berjaya melunaskan dendam pada 2014.

Selain itu, mereka menjadi pasukan Asia pertama yang menewaskan wakil Amerika Selatan di Piala Dunia.

Keputusan penuh, Colombia 1-2 Jepun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN