Sama seperti apa yang berlaku dalam setiap kejohanan utama yang disertai England, penyokong The Three Lions akan sentiasa menaruh harapan yang tinggi untuk negara mereka mempersembahkan aksi yang memuaskan sekaligus berjaya merangkul trofi Piala Dunia di Rusia nanti.
Prestasi baik ditunjukkan skuad Gareth Southgate itu dalam beberapa perlawanan memberikan keyakinan kepada penyokong yang sudah lama dahagakan kejuaraan di peringkat antarabangsa.
Namun, bekas pemain dan ketua pasukan England, Gary Lineker beranggapan bahawa kejohanan Piala Dunia 2018 ini akan memberikan peluang pengalaman kepada pemain muda England yang dimiliki sekarang.
“Jika saya berada di posisi Gareth Southgate, saya akan menjadikan kejohanan ini sebagai medium untuk para pemain muda. Saya yakin bahawa kejohanan kali ini akan memberikan pengalaman penting bagi mereka untuk belajar bagi menghadapi pelbagai tekanan.” ujar Gary Lineker dipetik menerusi Independent.
Lineker tidak menafikan bahawa England bukan pilihan untuk menjadi juara dalam kempen kali ini, namun beliau yakin kesempatan ini harus diambil sebaiknya oleh para pemain.
Pemain pasti tidak akan menghadapi tekanan yang berlebihan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Tambahanya lagi, “Pendapat saya, orang disekeliling pasti meramalkan bahawa kami (England) akan lebih kuat dalam waktu empat tahun yang akan datang.”
”Tetapi hari ini, England memiliki ramai pemain-pemain muda yang berbakat dan luar biasa dalam skuad. Ini harus diberikan perhatian.”
Info Tambahan : Berikut merupakan 6 pemain skuad Piala Dunia England yang berusia 23 tahun kebawah; John Stones, Trent Alexander-Arnold, Dele Alli, Ruben Loftus-Cheek, Raheem Sterling dan Marcus Rashford