Kurang setahun lagi, Rusia bakal menjadi hos Piala Dunia Pusingan ketiga kelayakan zon Asia menjanjikan saingan sengit dan luar jangka.
3 slot automatik sahaja yang tinggal daripada 4 slot ditawarkan. Iran telah menjadi wakil pertama Asia layak ke kejohanan berprestij bola sepak itu.
Untuk pusingan ketiga, 12 pasukan diasingkan kepada 2 kumpulan. Juara dan naib juara akan mara ke Rusia melalui slot automatik.
Tempat ketiga setiap kumpulan akan beraksi dalam perlawanan play-off untuk menentukan wakil Asia yang akan bertemu wakil CONCACAF.
Kumpulan A
Korea Selatan dan Uzbekistan dipisahkan dengan 1 mata sahaja selepas 8 perlawanan. Korea Selatan menduduki tangga kedua dengan meraih 4 kemenangan dan 1 seri. Uzbekistan yang berada di tangga ketiga pula menang 4 perlawanan dan bakinya tewas.
Syria yang berada di kedudukan keempat turut mencabar dua pasukan itu. Syria cuma memenangi 2 perlawanan dan seri 3 kali serta selisih 3 mata dengan Uzbekistan.
Persaingan tiga penjuru ini dijangka panas dan menarik. Iran selesa di kedudukan paling teratas dan terlebih dahulu mara.
Cuma Qatar dan China tidak dapat meraih peluang ke Rusia secara automatik. Namun begitu, mereka tetap berpeluang mara melalui play-off.
Baki perlawanan Kumpulan A
31 Ogos; China lawan Uzbekistan, Korea Selatan lawan Iran, Syria lawan Qatar
5 September; Qatar lawan China, Iran lawan Syria, Uzbekistan lawan Korea Selatan
Kumpulan B
Tiada mana-mana pasukan sudah layak ke Piala Dunia 2018. Thailand dan Iraq sudah tersingkir awal daripada saingan. Jepun kini mendahului carta dengan 5 kemenangan dan 2 seri selepas 8 perlawanan. Jepun paling kurang akan beraksi di slot play-off jika tewas baki 2 perlawanan dan pasukan lain mencatat kemenangan.
Arab Saudi berada di tangga kedua dengan beza 1 mata dengan Jepun yakni 16 mata. Australia juga meraih 16 mata tetapi berada di tangga ketiga. Ini disebabkan Australia meraih defisit gol yang lebih sedikit daripada Arab Saudi.
Paling menarik, Arab Saudi menang 5 dan seri sekali sahaja. Socceroos pula 4 menang dan 4 seri. Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditangga keempat mengasak Australia biarpun mendapat 10 mata hasil daripada 3 kemenangan dan 1 seri.
Baki perlawanan Kumpulan B
29 Ogos; UAE lawan Arab Saudi
31 Ogos; Jepun lawan Australia, Thailand lawan Iraq
5 September; Australia lawan Thailand, Iraq lawan UAE, Arab Saudi lawan Jepun
Penutup
Persaingan ini amatlah terbuka dan hanya pasukan paling baik daripada yang terbaik akan layak ke Rusia. Dalam masa yang sama, teringin juga lihat muka baru yang bakal membawa cabaran Asia ke Piala Dunia ini nanti.
Bukan apa, Asia kerap menghantar wakil yang sama sejak beberapa edisi lalu. Seolah tiada watak baru. Lainlah, ada perubahan slot!