Piala Dunia 2018 Akan Disiarkan Secara Langsung Di Saluran RTM

Piala Dunia

Kerajaan hari ini telah mengesahkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutkan akan diberitahu kemudian.

“Mungkin esok,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.

Semalam, Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan. Penyiaran di RTM ini menjadi berita gembira terutamanya buat peminat bola sepak yang tidak berkemampuan untuk melanggan siaran televisyen satelit dan berbayar.

Walaupun Malaysia tidak pernah beraksi dalam saingan paling berprestij itu, sambutan hangat tetap diberikan oleh para peminat untuk tidak terlepas bagi menonton aksi bola sepak berkelas dunia yang berlangsung setiap empat tahun itu.

RTM pernah menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2014 di Brazil, dan telah mendapat hak penyiaran bagi 35 perlawanan yang melibatkan 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda.

Siaran TV1, TV2 dan Tvi (TV Interaktif) telah menyiarkan aksi menarik mengikut jadual siaran yang telah ditetapkan.

RTM sudah menyiarkan hampir 10 edisi Piala Dunia buat rakyat Malaysia untuk menyaksikan kejohanan bola sepak terulung itu sejak tahun 1974.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN