Piala Carabao: Wenger Ada Ramuan Rahsia Tewaskan Manchester City

Perlawanan akhir Piala Carabao di antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Wembley esok pasti menarik apabila kedua-dua pasukan mahu mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk julang trofi pertama musim ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sudah membuat persiapan rapi dan mahu julang trofi itu buat pertama kali dalam kariernya sebagai jurulatih.

Wenger sudah memenangi tujuh gelaran Piala FA sejak mengemudi Arsenal tetapi kelab bimbingannya itu tewas dua kali di pentas final dalam aksi Piala Liga, pertama kepada Chelsea pada 2007 dan Birmingham City pada 2011.

Kini, pengurus dari Perancis itu berdepan tugas sukar untuk menghalang kemaraan skuad bimbingan Pep Guardiola di Wembley, awal pagi Isnin ini yang pastinya terdesak untuk bangkit selepas penyingkiran di kancah Piala FA.

Kekalahan kepada Wigan memusnahkan peluang Manchester City untuk meraih empat gelaran musim ini tetapi Wenger ketika ditemui pada sidang media sebelum perlawanan berkata dia tahu apa diperlukan untuk menjadi pemenang.

“Pertama sekali ialah kami perlu mempunyai kepercayaan yang kuat kami mampu melakukannya, menjadi amat tersusun dan mengambil setiap peluang untuk menyerang dan bermain corak serangan kami,” kata Wenger.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Sambil mengakui ancaman daripada pemain seperti Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne, Wenger begitupun berkata adalah sukar untuk fokus kepada individu.

“Satu daripada kekuatan Man City sudah tentu adalah De Bruyne, kerana dia sudah menjadi pemain yang amat lengkap,” kata Wenger.

“Dia adalah pemain tengah yang moden bagi saya, dia boleh menjadi pemain yang penting di penghujung padang, dia bekerja amat keras, kedua-dua belah kakinya hidup dan dia juga seorang pejuang, jadi saya tidak terkejut prestasinya baik.

“Mereka mempunyai begitu ramai pemain yang kamu perlu hentikan dan lebih baik untuk fokus kepada pasukan berbanding kepada individu tertentu,” kata Wenger yang mengakui tidak gementar tetapi bermotivasi untuk meraih gelaran.

“Saya mempunyai kelebihan kerana saya sudah bermain di banyak aksi final dan tahu betapa besarnya hari itu… Wembley sentiasa istimewa kerana stadium itu dipisahkan kepada dua.

“Ia hari yang istimewa. Tidak kira berapa banyak final yang kamu pernah harungi, ia sentiasa istimewa. Bagi kami, ia satu peluang.” – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN