Liverpool dan Arsenal bermain dalam satu perlawanan yang agak gila di Anfield. 10 gol terhasil dalam perlawanan ini dengan aksi kejar mengejar di antara kedua-dua pasukan.
Liverpool di hadapan selepas Shkodran Mustafi tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-6.
Arsenal kemudian bangkit dengan 3 gol. Ianya dimulakan dengan gol penyamaan oleh Lucas Torreira pada minit ke-19.
Arsenal mengawal perlawanan dengan memanipulasi 2 lagi kesilapan Liverpool. Gabriel Martinelli menambah 2 gol, dalam jarak 10 minit – minit ke-26 dan minit ke-36.
Sebelum rehat, Liverpool merapatkan jurang gol dengan sepakan penalti. Ianya selepas Martinelli menjatuhkan Harvey Elliot.
Pada separuh masa kedua, Arsenal seakan-akan sudah menamatkan cabaran Liverpool dengan gol ke-4 oleh Maitland Niles.
Ianya berpunca daripada kesilapan James Milner yang menghantar bola lemah kepada Kelleher. Maitland Niles memintas bola, dan Ozil menyelamatkan bola itu daripada terkeluar. Niles menjaringkan gol ke-4.
Liverpool melakukan perubahan di tengah dan menjadi lebih dinamik.
Liverpool merapatkan jurang menerusi bekas pemain Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain. Satu gol yang sangat cantik dari luar kotak penalti mada minit ke-58.
Tidak lama selepas itu, Divock Origi melakukan rembatan cantik – juga dari luar kotak penalti.
Arsenal kemudian kembali di hadapan dengan satu lagi gol ‘worldie’ dalam perlawanan ini menerusi Joe Willock pada minit ke-70.
5 – Liverpool have conceded five goals in a home match for only the second time in the last 66 years, with the other also coming against Arsenal in a 6-3 defeat in the League Cup in January 2007. Breached. pic.twitter.com/0fqYX9rDx6
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Arsenal bertahan dengan baik selepas itu. Unai Emery memasukkan Guendouzi dan Kieran Tierney untuk menguatkan pertahanan.
Ketika Unai Emery berkira-kira untuk mara ke suku akhir, pada masa kecederaan minit ke-4 daripada 5 minit yang ditambah – Divock Origi melakukan libasan yang menerjah gawang.
5 – This is only the fifth match in League Cup history to see both teams score 5+ goals, and the first since a 6-6 draw between Dagenham & Redbridge and Brentford in August 2014. Bonkers. pic.twitter.com/AgtXQnUypY
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Liverpool berjaya mengikat Arsenal pada saat akhir.
47 – Liverpool vs Arsenal is the highest scoring fixture in the history of the League Cup, with 47 goals scored in the 15 meetings between the sides. Abundance.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Liverpool menang penentuan penalti dengan 5-4. Hanya Dani Ceballos yang gagal menyempurnakan penalti.
8 – Liverpool have won eight penalty shootouts in the League Cup – more than any other team in the competition's history. Nerve. pic.twitter.com/aZmsS3d81b
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Liverpool meneruskan cabaran ke suku akhir Piala Carabao.