Penyerang Manchester United Anthony Martial dianggap gagal oleh ramai sepanjang enam musim bersama Manchester United. Itulah kenyataan yang cuba dinyatakan oleh bekas pemain, Dion Dublin namun disangkal oleh pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.
Dublin mempunyai sebab tersendiri untuk berkata sedemikian. Dan pendapat beliau juga berdasarkan fakta yang pasti ramai persetujui.
Approaching the 25-minute mark ⏱
▪️ Earlier, @JuanMata8 forced Areola to tip the ball onto the bar
▪️ @AnthonyMartial’s low effort was deflected wide#MUFC | #CarabaoCup pic.twitter.com/3ZzzjYT2j5— Manchester United (@ManUtd) September 22, 2021
Martial yang kini berusia 25 tahun belum lagi menjaringkan sebarang gol sejak kemenangan 9-0 mengatasi Southampton pada Februari – iaitu 7 bulan yang lalu.
Penyerang dari Perancis tu kemudiannya terpaksa berehat pada akhir musim akibat kecederaan ligamen lutut selepas kekalahan 1-0 di pertandingan Piala Carabao – juga kepada West Ham.
Dan kini Martial sudah gagal menemui sentuhan penyudah dalam 14 perlawanan bersama Manchester United.
Kekecewaan Dion Dublin
Dublin yang beraksi bersama Red Devils dari 1992 sehinga 1994 berkata: “Kita mengharapkan lebih banyak [usaha] ditampilkan dari pemain seperti Martial. Kita berkata perkara yang sama berulang kali tetapi jelas sekali beliau tidak membantu dirinya.
“Kita mahu Martial bersungguh-sungguh dan menjaringkan gol. Apa yang beliau lakukan sejak menyertai Man Utd adalah tidak mencukupi.
https://twitter.com/BigGuyBruceUK/status/1440815957794910213
“Ada masa beliau menampilkan sekilas dari kemampuan yang beliau sepatutnya tampilkan, dan berpendapat inilah dia permulaan. Akhirnya tiada apa yang dilakukan untuk membantu dirinya sendiri.
“Bahasa badannya sahaja cukup mengecewakan. Dia tidak cukup melakukan larian dan tidak bekerja keras untuk menjadi No.9 Manchester United.
“Ada banyak bahagian di dalam perlawanan Manchester United tidak menampilkan apa yang sepatutnya. Aksi di bahagian final third sangat lemah.”
Does Anthony Martial have a future at Manchester United? 👇 pic.twitter.com/yfk93ygWH8
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) September 22, 2021
Ramai berpendapat Martial adalah pemain yang paling mengecewakan ketika Manchester United tersingkir seawal pusingan ketiga kepada West Ham.
Manuel Lanzini muncul wira West Ham apabila menjaringkan satu-satunya gol pada awal perlawanan. United pula gagal menemui sentuhan penyudah walaupun merekodkan 27 percubaan – kebanyakkannya dari luar kotak penalti.
Kemerosotan prestasi Martial
Martial diberikan harapan yang sangat besar ketika beliau melengkapkan perpindahan bernilai £36 juta dari Monaco pada musim panas 2015, terutama selepas debut hebat menjaringkan gol menentang Liverpool.
Pemain itu bagaimanapun dilihat gagal mencapai potensi sebenar dirinya, walaupun selepas menghasilkan 78 gol dari 263 penampilan.
ON THIS DAY IN 2015 (😅): Anthony Martial came on for his Man United debut and went on to score against Liverpool!
In the words of Martin Tyler…
"OHHHHHH YESSSSS. WELCOME TO MANCHESTER UNITED, ANTHONY MARTIALLLL" pic.twitter.com/dEqXNOqLVy
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 12, 2020
Musim lalu dianggap sebagai musim paling sukar Martial di Old Trafford. Beliau hanya menghasilkan tujuh hol dari 36 penampilan di semua pertandingan sebelum terpaksa melupakan baki aksi selama tiga bulan di penghujung musim.
Setahun sebelum itu beliau beraksi dengan baik apabila menghasilkan 23 gol dari 48 perlawanan – musim terbaiknya sehingga ke hari ini.
Prestasi semasa Martial turut menyebabkan ramai penyokong Manchester United hilang sabar dan tampil dengan cemuhan terhadap pemain itu di media sosial.
Solskjaer masih percaya Martial
Dengan adanya pemain penyerang lain seperti Cristiano Ronaldo, Mason Greenwood, Edinson Cavani dan Marcus Rashford, sukar untuk melihat Martial akan mendapat minit aksi mencukupi jika prestasi sama terus ditampilkan.
Ketika ditanya mengenai prestasi mengecewakan dari Martial, Ole Gunnar Solskjaer berpendapat sebaliknya dan bertegas pemain itu akan terus menapat peluang untuk turun beraksi sekiranya terus berusaha keras.
ON THIS DAY IN 2015 (😅): Anthony Martial came on for his Man United debut and went on to score against Liverpool!
In the words of Martin Tyler…
"OHHHHHH YESSSSS. WELCOME TO MANCHESTER UNITED, ANTHONY MARTIALLLL" pic.twitter.com/dEqXNOqLVy
— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 12, 2020
“Saya rasa ia salah untuk menyalahkan individu tertentu untuk prestasi keseluruhan,” kata Solskjaer di sidang media selepas perlawanan.
“Anto [Martial] juga sama seperti pemain lain di dalam pasukan ini. Kami masih menampilkan bola sepak menarik, tetapi kurang menyengat. Dan beliau tahu apa yang kami mahukan darinya.
“Beliau akan teus mendapat tempat, dan beliau akan terus diberikan peluang.”