Manchester United berkunjung ke Stamford Bridge dalam aksi Piala Carabao.
Man United sekali lagi bermain dengan sistem bek bertiga dalam perlawanan ini.
Marcus Rashford menjadi wira Man United dengan satu sepakan percuma roket yang menerjah gawang – 17 minit sebelum wisel penamat.
Pada separuh masa pertama Marcus Rashford menjaringkan penalti pada minit ke-25. Ianya selepas Marcus Alonso menjatuhkan Daniel James.
Rashford dengan tenang menyempurnakan penalti pada kali ini.
Perlawanan kemudian menjadi sukar kepada kedua-dua pasukan yang cuba mencipta lebih banyak peluang gol. Chelsea gagal melakukan sebarang percubaan tepat pada separuh masa pertama.
Manakala Man United pula ada 2 on target dengan salah satu daripadanya adalah menerusi Marcus Rashford.
5 – Manchester United striker Marcus Rashford has scored five goals against Chelsea across all competitions; his most against a single opponent in his club career. Wicked. pic.twitter.com/hgp4qYSuXm
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Pada separuh masa kedua, Chelsea menyamakan kedudukan menerusi Michy Batshuayi.
Ianya adalah gol hasil larian solo deras oleh Batshuayi yang dicabar oleh pertahanan Man United. Batshuayi melakukan lencongan rendah menewaskan Sergio Romero pada minit ke-61.
Pada minit ke-73, Marcus Rashford menjaringkan gol menerusi satu roket dengan teknik knuckle ball oleh Marcus Rashford. Tiada apa yang boleh dilakukan Willy Caballero di gawang gol.
https://twitter.com/i/status/1189658181145894912
Frank Lampard – pakar sepakan percuma – sendiri memuji gol Rashford itu sebagai ‘fantastic’.
Manchester United memastikan mereka menang dalam perlawanan ini dengan bertahan dengan sangat baik pada baki perlawanan.
2 – Manchester United have recorded back-to-back away wins at Chelsea for the first time since February 1998. Devilish. pic.twitter.com/3XoBFSJfiB
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2019
Manchester United menang 1-2 di Stamford Brigde dan mara ke suku akhir Piala Carabao 2019.