Bekas bintang Chelsea yang kini merupakan pengurus kelab Derby County, Frank Lampard berpeluang untuk bertemu bekas jurulatihnya, Jose Mourinho apabila Manchester United menerima kunjungan Derby County di Old Trafford dalam aksi Piala Liga, awal pagi Rabu.
Lampard, yang dalam tahun pertamanya sebagai pengurus, melihat Derby memanjat ke tangga keenam Liga Kejuaraan hasil kemenangan penuh bergaya 3-1 ke atas Brentford, Sabtu lalu.
Frank Lampard's Derby County:
– 2 points off the top of the Championship
– Harry Wilson and Mason Mount scoring
– 4 unbeaten at homeSteven Gerrard's Rangers:
– Vital away point against Villarreal in the Europa League
– 5 goals scored yesterday
– 2nd in the league pic.twitter.com/GypjaBKhs3— Footy Accumulators (@FootyAccums) September 24, 2018
Skuad kendalian Mourinho pula sekadar menghuni kedudukan ketujuh Liga Perdana selepas terikat 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers di Old Trafford.
Mourinho sempat membimbing Lampard sebanyak dua kali di Chelsea dan mempunyai hubungan yang mesra dengan bekas perancang tengahnya itu.
Malah, pengendali dari Portugal itu turut menelefon Lampard bagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata, baru-baru ini.
Frank Lampard prepares to take on old boss Jose Mourinho in the league cup tomorrow morning.#OptusSport pic.twitter.com/6PAHSpXTa6
— Optus Sport (@OptusSport) September 25, 2018
“Saya sudah tidak sabar untuk bertemunya,” kata Lampard.
“Secara peribadi, dia adalah pengurus yang banyak mempengaruhi karier saya terutamanya sewaktu tempoh pertamanya di Chelsea.
“Saya amat menghormatinya. Ia amat menarik untuk berjumpanya dan bertemu dengan pasukan kendaliannya.”
Tomorrow night it's Mourinho v Lampard! 👀 pic.twitter.com/Hjluslq2BK
— Soccer AM (@SoccerAM) September 24, 2018
Lampard turut berkata, “Anda akan melihat lebih ramai pemain Jose Mourinho di setiap tempat kerana beliau begitu cemerlang sepanjang kariernya.”