Piala Carabao: Crystal Palace Disingkirkan Kelab Divisyen 4 Inggeris, Colchester

Colchester telah mengejutkan pasukan EPL, Crystal Palace dalam saingan Piala Carabao di pusingan ke-2.

Lebih perit, kegagalan Crystal Palace itu disaksikan oleh penyokong mereka sendiri di Selhurst Park.

Colchester merupakan pasukan yang beraksi dalam League 2, ianya merupakan divisyen ke-4 dalam struktur Liga Inggeris selepas EPL, Championship, dan League 1.

Perlawanan di antara Colchester berakhir dengan keputusan 0-0 untuk masa penuh. Dalam penentuan sepakan penalti, Andros Townsend gagal untuk memnyempurnakan penalti beliau – yang juga merupakan penalti yang pertama untuk Palace.

Colchester menang 5-4 dalam penentuan penalti tersebut.

Crystal Palace melakukan 10 pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Manchester United dalam aksi EPL, Sabtu lalu. Namun begitu, Roy Hodgson tetap ada 7 pemain kebangsaan pasukan negara masing-masing dalam pasukan beliau.

Christian Benteke memiliki peluang gol terbaik pada awal permainan. Namun 2 percubaan bahaya beliau gagal menerjah gawang. Satu daripadanya diselamatkan oleh Dean Gerken, dan satu lagi terkena palang.

Palace kemudian memasukkan Jordan Ayew dan Wilfried Zaha pada separuh masa kedua. Ini kerana Roy Hodgson mahu menyempurnakan misi secepat mungkin.

Namun mereka gagal. Malah Colchester turut mengancam kubu gol mereka beberapa kali. Pasukan League 2 tersebut mencipta jumlah percubaan gol yang sama dengan Crystal Palace (11).

Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama Colchester mara ke pusingan ke-3 dalam tempoh 15 tahun ini.

Kegagalan Palace kali ini membuatkan Roy Hodgson merah padam. Beliau menegaskan, penggiliran pemain adalah perkara yang biasa. Ia bukan alasan untuk mereka gagal dalam perlawanan ini.

“Apabila kita menandatangani pemain, kita percayakan mereka, dan memberikan mereka peluang untuk menyerlahkan diri mereka.”

“Masalah utama kita adalah, kita tak mampu menjaringkan gol. Perkara ini lebih sukar kerana kita tidak mencipta banyak peluang, dan tidak menyempurnakan beberapa peluang yang ada.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN