Dua gol pada lewat permainan oleh Edinson Cavani dan Anthony Martial memastikan Manchester United menang 2-0 ke atas Everton bagi menempah tempat di separuh akhir Piala Carabao.
Cavani yang beraksi dalam kesebelasan utama memecah kebuntuan pada minit ke-88 sebelum Martial yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan kemenangan United dua minit selepas itu menjelang masa kecedaraan.
Sekalipun Ole Gunnar Solskjaer membuat sembilan perubahan dalam kesebelasan utama berbanding ketika menang ke atas Leeds United tempoh hari, ianya tidak memberi impak yang besar kepada coral permainan United.
An early Christmas present, courtesy of @ECavaniOfficial and @AnthonyMartial 🎁
🔴 #MUFC
🏆 #CarabaoCup@GulfOilIntl pic.twitter.com/WGnEjUinSJ— Manchester United (@ManUtd) December 24, 2020
Ia sekaligus mengecewakan Carlo Ancelotti yang memburu trofi pertamanya bersama Everton untuk menamatkan kemarau 25 tahun kelab tersebut tanpa sebarang kejuaraan.
Buat tahun kedua berturut-turut, United akan berdepan dengan jiran setempat Manchester City di peringkat separuh akhir. Musim lepas mereka tewas kepada pasukan kendalian Pep Guardiola tersebut.
Dalam satu lagi perlawanan lain, Tottenham Hotspur turut mengesahkan kemaraan mereka selepas menundukkan pasukan Liga Kejuaraan, Stoke City 3-1 dan bakal berdepan satu lagi pasukan divisyen kedua, Brentford.
On to the semi finals of the Carabao Cup ✅🤙🏿💪🏿! #COYS #MS17 pic.twitter.com/8ob93QQSrV
— Moussa Sissoko (@MoussaSissoko) December 23, 2020
Gareth Bale meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho itu di depan pada minit ke-22 menerusi tandukan hasil hantaran cantik Harry Winks.
Namun lapan minit selepas bermula babak kedua, Stoke menyamakan kedudukan apabila Jordan Thompson menyudahkan hantaran lintang Jacob Brown.
Ben Davies kemudian membuar rembatan kencang dari luar kotal penalti untuk gol kedua Spurs pada minit ke-70 sebelum Harry Kane menjadikan kedudukan 3-1 pada lewat permainan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: