Piala Carabao 2019/20: Leicester Dan Villa Terikat 1-1

Leicester menunggu sehingga minit ke-74 untuk mengikat Aston Villa dalam aksi separuh akhir pertama Piala Carabao.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers dalam mood yang sangat baik untuk perlawanan ini. Menang kesemua 3 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Namun ternyata Aston Villa memberikan mereka kejutan dalam aksi kali ini dalam aksi berlangsung di Stadium King Power.

Leicester mendominasi separuh masa pertama. Vardy memiliki peluang terbaik pada minit ke-22 namun gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Walaupun Aston Villa tidak mendapat penguasan yang tinggi pada separuh masa pertama, namun mereka lebih tajam di hadapan gol. Villa di hadapan pada minit ke-30 menerusi Frederic Guilbert.

Ezri Konsa hampir menambah gol kedua, namun percubaan beliau terkena palang gol.

Leicester menaikkan intensiti permainan mereka. Brendan Rodgers membuat percaturan dengan memasukkan Kelechi Iheanacho.

Ia membuahkan hasil apabila bekas pemain Manchester City itu menyamakan kedudukan pada minit ke-74. Ianya berpunca daripada kelalaian pemain Aston Villa yang hilang bola.

Kesabaran Leicester untuk terus cuba melancarkan serangan demi serangan akhila berhasil membuahkan gol.

Aksi pemain Aston Villa, Jack Grealish pastinya menjadi perhatian. Beliau sangat cemerlang dan memberikan isyarat bahawa beliau sangat berhak untuk  berada dalam skuad kebangsaan England.

Aston Villa lebih banyak bertahan selepas mendahului. Namun Grealish sentiasa menunjukkan kemampuannya melakukan sesuatu ketika serangan balas.

Leicester mendominasi 70% perlawanan dengan 21 percubaan ke arah gol. Namun hanya 6 percubaan tepat dilakukan mereka.

Orjan Nyland juga harus dipuji, kerana prestasi berkawal di gawang gol.

Villa pula melakukan 3 percubaan ke arah gol dengan hanya 1 percubaan tepat yang merupakan gol pendahuluan mereka dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN