Manchester United dan Manchester City menang ke atas lawan masing-masing di peringkat suku akhir Piala Carabao dan keputusan undian menyaksikan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan di peringkat separuh akhir.
Pemenang lima kali, United mudah membenam cabaran kelab Liga Dua EFL, Colchester United selepas menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit pada awal separuh masa kedua.
FULL-TIME
The two Manchester Clubs are through to the Semi-Finals, @LCFC also progress after a penalty shootout victory over @Everton.
The draw for the Semi-Final comes next! #EFL | #CarabaoCup2019 pic.twitter.com/xdUf43YqCZ
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) December 18, 2019
Manchester United membuat tujuh pertukaran pemain ketika seri berdepan Everton tempoh hari dengan hanya mengekalkan Marcus Rashford, Anthony Martial, Harry Maguire dan Luke Shaw dalam perlawanan ini.
Selepas mensia-siakan deretan peluang pada babak pertama, Rashford akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-51 menerusi serangan balas dengan membuat larian solo dari sebelah kiri dan masuk ke dalam kotak penalti selepas menggelecek beberapa pemain Colchester sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Dea Gerken.
Lima minit kemudian, hasil hantaran lintang dari sebelah kanan oleh Mason Greenwood, Rashdford memberi tekanan kepada pertahanan lawan, Ryan Jackson sehingga pemain tersebut tertampan bola ke dalam gawang sendiri untuk memberikan gol kedua United.
1⃣ Goal ⚽️
1⃣ Assist 🎯
1⃣ Man of the Match 🌟Another 🔝 performance from @MarcusRashford 👏 pic.twitter.com/eYuJFmZk4K
— Manchester United (@ManUtd) December 18, 2019
Rashford kemudian sekali lagi cemerlang dengan mencipta peluang jaringan menerusi hantaran ‘tap’ dari sebelah kiri kepada Anthony Martial dan disudahkan dengan mudah dan sempurna untuk gol ketiga.
Satu lagi perlawanan melibatkan kelab Manchester menyaksikan Manchester City turut mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Oxford United 3-1 di Stadium Kassam yang menyaksikan penolong jurulatih Mikel Arteta masih duduk di samping Pep Guardiola sekalipun telah dikaitkan perpindahan ke Arsenal.
Pasukan tuan rumah yang turut tewas kepada lawan yang sama di pusingan ketiga pada musim lepas dibolosi gol pertama hasil rembatan padu Joao Cancelo. Namun Oxford membalasnya dengan gol penyamaan seminit selepas bermula babak kedua menerusi Matt Taylor.
Job done ✅
🔵 #ManCity pic.twitter.com/ePdge6rf7V
— Manchester City (@ManCity) December 18, 2019
Raheem Sterling kemudian menjaringkan dua gol dari jarak dekat pada minit ke-50 dan ke-70 bagi memastikan tempat untuk pasukannya dalam peringkat empat pasukan terakhir dan undian yang dijalankan selepas perlawanan menyaksikan akan berlangsung Derbi Manchester di pusingan seterusnya.
Selepas ini kedua-dua pasukan akan meneruskan cabaran dalam Liga Perdana Inggeris dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan. Manchester United akan berkunjung ke Watford pada Ahad manakala Manchester City pula akan berdepan Leicester City di tempat sendiri pada Sabtu.