Semalam telah berlangsung aksi terakhir melibatkan peringkat kumpulan A melibatkan Sarawak dan JDT II.
Kumpulan A hanya ada 3 pasukan. Kelantan sudah menamatkan tugasan mereka di peringkat kumpulan sebelum ini.
JDTII sudah pun mara secara automatik ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan, tidak kira apa jua keputusan di Kuching.
Manakala pasukan Sarawak pula, memerlukan sebarang mata untuk mara. Jika kalah, Kelantan akan mengiringi JDTII ke separuh akhir.
Aksi di Stadium Sarawak, menyaksikan skuad Bujang Senang mengikat JDT dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Meskipun merehatkan beberapa pemain, JDTII masih turun dengan skuad yang kuat. Manakala Sarawak juga turut menurunkan kesebelasan terbaik yang mereka ada.
Namun disiplin pertahanan yang ditunjukkan para pemain Sarawak memastikan pasukan mereka tidak dibolosi oleh pasukan yang paling banyak gol di peringkat kumpulan setakat ini.
Selepas tamat aksi, Sarawak berjaya memastikan mereka mengiringi JDTII ke separuh akhir Piala Cabaran 2019.
Ini sekaligus melengkapkan senarai 4 pasukan yang mara ke separuh akhir, bersama-sama dengan UiTM FC dan Terengganu FCII daripada kumpulan B.
🏆 Tahniah kepada empat pasukan yang telah layak ke peringkat Separuh Akhir Challenge Cup 2019!
Pasukan mana paling menarik tumpuan anda? 😎#ChallengeCup2019 pic.twitter.com/yHnOPlOl9o
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 12, 2019
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mara.