Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin menyifatkan kemasukan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri ke JDT II untuk beraksi dalam perlawanan akhir kedua Piala Cabaran malam ini tidak sedikit pun menggusarkan pasukannya dan kekal optimis mampu meraih kejuaraan.
Sulaiman yang kini sedang mengikuti Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 modul keempat dari 1 hingga 14 Oktober 2019 turut menjelaskan, mereka akan patuh pada segala ketetapan pihak Malaysian Football League (MFL).
“Saya alu-alukan pada untuk mereka turunkan siapa sahaja kerana di perlawanan akhir, pasukan yang bermain dengan lebih baik dan kurang melakukan kesilapan tetap berpeluang untuk menang.”
MFL Luluskan Pendaftaran Fadhli Shas, Hazwan Bakri Ke JDT II – https://t.co/rehSl7eMXz pic.twitter.com/mD7pUHgfc8
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 11, 2019
“Saya tiada sebarang halangan kerana sebagai pasukan kecil, kami harus patuh pada semua peraturan MFL dan mengikuti semua perkara yang digariskan oleh mereka. Selepas dua kali layak ke perlawanan akhir, kami percaya, JDT II tidak akan memberi laluan mudah.”
“Namun begitu, berdasarkan perkembangan semasa yang saya terima daripada barisan kejurulatihan, semua pemain kini berada dalam motivasi yang amat tinggi untuk memberi yang terbaik. InsyaAllah UKM FC akan berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang piala tersebut ke universiti kami.
HARI PERLAWANAN! 🏆
Pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara Challenge Cup 2019?
🏆 Final 2 Challenge Cup 2019
⚽ UKM FC vs Johor Darul Ta'zim II
(agregat 0-1)
📆 Sabtu, 12 Oktober
⏰ 9 malam
🏟 KLFA, Cheras
📺 mycujoo#ChallengeCup2019#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/Jjrryr8UI9— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 12, 2019
Memandangkan beliau kini berada jauh di negara matahari terbit, ia tidak menghalang bekas pemain kebangsaan itu menyampaikan pesanannya kepada pemain-pemain The Varsity Boys.
“Walaupun jasad saya di sini [Jepun], namun dengan segala pengorbanan saya untuk UKM FC selama ini, pemikiran dan jiwa saya sentiasa ada di sana. Cuma saya berharap semua pemain UKM FC, ikut segala arahan barisan kejurulatihan yang telah saya amanahkan.
“Menang atau kalah adalah perkara kedua, tetapi apa yang peling penting, berikan persembahan yang terbaik dan hiburkan mereka yang datang menonton perlawanan akhir ini.
Salaiman turut diminta mengulas mengenai perancangan UKM FC untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.
“Dari apa yang saya dimaklumkan, UKM FC akan terus bermain dalam Liga Premier. Cuma kami sedang berusaha untuk mencari satu sumber kewangan yang lebih stabil. ”
“Kami cuba untuk mengelak dari menggunakan wang daripada universiti sendiri kerana mungkin lebih baik peruntukan itu digunakan untuk kajian bagi menambahbaik pendidikan di Malaysia.”
“Untuk bola sepak mungkin kita boleh dapatkan dari dana-dana lain seperti dana CSR atau mana-mana syarikat besar yang sudi membantu.”
“Kami sudah tunjukkan potensi yang ada pada pasukan ini di mana Kami bukan sekadar melengkapkan pasukan dalam saingan Liga Premier.”
“Saya sasarkan insya Allah dalam satu atau dua tahun akan datang, UKM FC akan menjadi salah satu pasukan pencabar yang jauh lebih kuat dan seterusnya bermain dalam saingan Liga Super.
Sementara itu, Penolong Jurulatih, Juzaili Samion turut diminta untuk mengulas mengenai kemampuan pasukan JDT II dan perancangannya untuk perlawanan akhir kedua ini.
Piala Cabaran 2019: Juzaili Samion Mahu Lakar Sejarah Bersama UKM FC – https://t.co/XxNwSyiBq9 pic.twitter.com/Eo8kwZJO8y
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 11, 2019
“Apa yang saya nampak, kita tak boleh nafikan hampir semua pemain JDT adalah pemain-pemain yang berpengalaman. Kalau kita tengok pada senarai nama, ada dalam kalangan mereka yang pernah bermain dengan pasukan kebangsaan dan pernah bermain dalam liga utama.”
“Mudah kata mereka ini bukannya calang-calang pasukan. Tapi saya perlu diberi perhatian adalah perancang tengah mereka yang memakai nombor 10 [Nicolas Fernandez]. Kebanyakan gerakan-gerakan merbahaya dimulakan oleh pemain ini.” kata jurulatih berusia 38 tahun itu.
🎥 Nicolas Fernandez berjaya mencatat 6️⃣ “assist” 🅰️ setakat ini dalam aksi Challenge Cup!
Mari kita recap kembali kesemua bantuan gol pemain Johor Darul Ta’zim II ini menjelang Final 2, Sabtu ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. 💪🏻#ChallengeCup2019 pic.twitter.com/Cjpak3kyRK
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 10, 2019
“Mengenai kemasukan dua pemain JDT itu, kami sudah sedia maklum situasi tersebut akan berlaku. Buat masa ini kami akan membuat persiapan rapi untuk perlawanan esok [hari ini].”
“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Kami masih ada 90 minit untuk lakukan sesuatu. Harap semua pemain dapat berikan persembahan terbaik, insya Allah.”