Piala Asia: Faisal Halim Enggan Lihat Malaysia Sekadar Pelengkap Jadual

Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim tampil sebagai antara pemain paling bersemangat kini untuk mengharungi saingan Piala Asia 2023 yang akan bermula tidak lama lagi di Qatar.

Ketika ini, skuad kebangsaan sudah pun tiba di Doha, Qatar selepas beberapa hari berada di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjalani kem latihan pusat bawah seliaan Kim Pan-gon.

Tampil selepas 43 tahun di kejohanan tersebut secara merit, sudah tentu Malaysia tidak mempunyai perancangan untuk pulang lebih awal serta memiliki hasrat mencipta kejutan tersendiri.

Kali terakhir Malaysia layak ke saingan Piala Asia secara merit ialah pada tahun 1980 di Kuwait sebelum Pan-gon tampil mencipta sejarah baharu untuk membantu skuad kebangsaan mara ke saingan tersebut pada tahun 2022.

Begitu juga dengan Faisal yang jelas enggan pulang lebih awal biarpun menyedari mereka bakal menghadapi cabaran getir daripada lawan jauh lebih berpengalaman di pentas antarabangsa.

Untuk rekod, Malaysia telah pun diletakkan dalam Kumpulan E untuk menghadapi gergasi bola sepak Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain, serta Jordan.

“Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semua pemain bersemangat untuk ke Piala Asia. Ini adalah satu peluang yang terbesar untuk pasukan kebangsaan.

“Kita pergi ke sana bukan sekadar melengkapkan kuota, tapi kita pergi untuk memberi saingan untuk pasukan lain,” kata Faisal menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak peluang untuk Harimau Malaya layak ke saingan Piala Dunia pada suatu hari nanti walaupun mungkin memerlukan tempoh masa lebih panjang.

Ini kerana pada pandangan penyerang Selangor tersebut, momentum Malaysia kini semakin meningkat dan tak mustahil hasrat untuk mereka ke saingan Piala Dunia mampu dilakar.

“Semua orang ingin bermain di pentas tertinggi seperti Piala Asia ataupun Piala Dunia. Tapi kita di landasan yang baik, kita ‘go step by step’ sekarang kita di pentas Asia.

“Mana tahu masa yang akan datang kita di Piala Dunia, siapa pun tak tahu kan. Benda ini tak boleh jangka.

“Tak ada orang boleh buat keputusan tapi yang penting itu semua hasil kerja keras kita,” katanya akhir sekali mengenai situasi skuad kebangsaan.

Untuk saingan Piala Asia nanti, pastinya kelibat Faisal akan menjadi tumpuan utama buat skuad kebangsaan menerusi reputasi tinggi dimiliki beliau sebelum itu dalam beberapa perlawanan peringkat antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN