Permulaan yang mengecewakan buat skuad negara apabila ditewaskan juara bertahan, Korea Selatan dengan keputusan 4-1 dalam aksi Kumpulan C dengan dua gol dicetak di hujung perlawanan oleh Cho Young-wook.
Malaysia turun dengan baik di awal babak pertama walaupun selepas 15 minit, penguasaan mula didapati oleh Korea Selatan. Hadi Fayyadh yang diletakkan sebagai penyerang utama berjaya membuat percubaan di minit ke-4, namun ia cemerlang ditepis oleh Goh Dong-min. Ini adalah satu-satunya percubaan tepat Malaysia.
Skuad Brad Maloney beberapa kali diselamatkan oleh kekentalan pertahanan terutamanya oleh Harith Haiqal yang dua kali menghalang asakan berbahaya Taeguk Warriors, yang jika dilepaskan mengundang padah.
Pada awalnya kedua-dua pasukan tampak bergelut untuk membina asakan. Namun, Korea Selatan kembali ke dalam permainan selepas 15 minit di mana mereka kerap bermula dari bawah sebelum mula mengasak.
📋 LINE-UPS | 🇰🇷 Korea Republic 🆚 Malaysia 🇲🇾
🏆 The Taegeuk Warriors get their title defence started against Harimau Malaya!
🏟️ Lokomotiv Stadium 🇺🇿
📺 Watch 𝗹𝗶𝘃𝗲: https://t.co/kBSnpdrtGy#AFCU23 | #KORvMAS pic.twitter.com/FfSjVZVvGV
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 2, 2022
Perbezaan besar antara Malaysia dan Korea Selatan adalah dari segi kualiti hantaran. Hantaran-hantaran skuad negara banyak tersekat kepada pemain lawan berbanding Korea Selatan yang sampai kepada rakan sepasukan.
Minit ke-31, keputusan penjaga gol, Rahadizali Rahalim untuk keluar meninggalkan posisinya ketika sepakan penjuru memberikan kesan buruk apabila beliau gagal menyambar bola itu dan ia sampai kepada kapten, Lee Sang-min yang berjaya menanduk kemas untuk memberikan Korea Selatan gol pendahuluan perlawanan.
Malaysia membuat beberapa percubaan sepanjang babak pertama menerusi kapten, Mukhairi Ajmal, namun dikecewakan dengan sentuhan tersasar. Tiada langsung percubaannya menggugat Goh di gawangnya.
Sentuhan mengecewakan itu diteruskan di babak kedua. Percubaannya lebih banyak tersasar daripada gol.
Separuh Masa
Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 | Khamis, 2 Jun 2022
REPUBLIK KOREA 🇰🇷1-0🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Lee SangMin 31’#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/nKy2lzxIoZ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 2, 2022
Pemain sayap, Kim Tae-hwan kemudian menambah jurang gol menerusi satu rembatan rendah yang padu menewaskan Rahadiazli. Ia bermula daripada sepakan penjuru yang kurang kemas dikeluarkan di minit ke-48.
Harimau Muda memiliki peluang terbaik untuk meledak jaringan pertama di minit ke-52 selepas Goh berjaya diperdaya Mukhairi, namun sentuhan akhir pemain tengah itu sedikit tersasar di sebelah kanan gawang lawan.
Walaupun membuat pertukaran di awal babak kedua, memasukkan Hairey Hakim, namun tiada perubahan ketara dalam gaya permainan Malaysia. Mereka masih terpaksa bertahan dengan asakan-asakan lawan yang lebih berbahaya namun dikecewakan dengan produk akhir yang kurang menjadi untuk mengegar jaring gol.
Skuad negara mula menekan Korea Selatan menuju 10 minit terakhir perlawanan, tetapi beberapa hantaran kurang kemas menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan sesuatu daripada kelonggaran permainan lawan. Percaturan Maloney membuahkan hasil di minit ke-83 apabila Mukhairi berhasil meledak gol pertama.
Disebalik keberhasilan menekan lawan dan jaringan pertama, Malaysia kembali dikejutkan dengan jaringan ketiga lawan menerusi Cho Young-wook yang menerima hantaran lolos Oh Se-hun di minit ke-88. Cho sekali lagi menjadi pemusnah kekentalan benteng skuad negara apabila berhasil mencetak gol ke-4 di minit ke-90.