Piala Asia B-23: Indonesia Yakin Mampu Lakar Sejarah Ke Final

Indonesia bawah 23 (B-23) kini boleh dianggap berada pada prestasi terbaik mereka untuk mencipta sejarah baharu mara ke pusingan akhir saingan Piala Asia B-23 yang kini sedang berlangsung di Qatar.

Tampil selaku bukan pasukan pilihan, Sang Garuda mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dalam saingan tersebut apabila gah melangkah ke pusingan akhir selepas menjadikan Korea Selatan sebagai mangsa.

Skuad kendalian Shin Tae-yong sebelum itu lagi mula menjadi tumpuan ramai ekoran kejayaan mereka untuk melepasi halangan peringkat kumpulan serta meraih kemenangan berharga mengatasi Australia serta Jordan.

Di pentas suku akhir, Indonesia tampil dengan elemen kejutan menerusi kemenangan dicatat ke atas Korea Selatan menerusi siri penentuan penalti selepas masing-masing terikat seri pada aksi sebenar.

Individu paling mencuri tumpuan pastinya terarah buat Shin yang berjaya mencipta satu skuad cukup berkualiti untuk menghadapi lawan lebih hebat di saingan itu.

Untuk aksi seterusnya, Sang Garuda bakal menghadapi cabaran Uzbekistan dan kini selangkah sahaja lagi untuk melayakkan diri ke pentas Olimpik di Paris.

Menurut Shin, beliau optimis para pemainnya mampu untuk melayakkan diri ke pusingan akhir dengan mengetepikan cabaran Uzbekistan sebelum itu.

Pengendali dari Korea Selatan itu juga mengakui motivasi para pemainnya kini berada dalam keadaan cukup baik serta bersedia untuk mencipta sejarah baharu buat Indonesia.

“Saya beritahu kepada para pemain yang kami semua mampu mencipta sejarah untuk mara ke pentas akhir pada saingan Piala Asia B-23 ini di Qatar.

“Saya juga beritahu yang saya sangat yakin akan kualiti dimiliki mereka. Para pemain kini berada dalam keadaan motivasi cukup baik. Itu yang menjadikan kami semakin yakin untuk mendapatkan slot ke pentas Olimpik.

“Sebelum ini, kerap saya katakan kepada pemain yang pasukan ini memiliki masa depan cukup baik selama ini di pentas antarabangsa.

“Para pemain juga dilihat berusaha sehabis baik untuk menaikkan nama negara di pentas antarabangsa dan saya sendiri turut melakukan perkara sama,” ulas Shin menerusi Bola.com.

Mara ke separuh akhir, Indonesia sebenarnya sudah pun sebelah kaki melayakkan diri ke pentas Olimpik dan slot itu akan terus sah menjadi milik mereka jika Sang Garuda meraih kemenangan untuk mara ke final.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN