Piala Asia B-23: Dikala Vietnam & Thailand Buru Piala, Malaysia Cuma Nak Timba Pengalaman

Piala Asia B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kepada pasukan kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) negara yang akan beraksi di Piala Asia B-23 tahun di Uzbekistan bermula hari ini.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran skeptikal FAM terhadap kemampuan semasa anak-anak buah Brad Maloney.

Bukan persoalan ‘ukur baju di badan sendiri’, tetapi apakah FAM selaku badan induk yang mengendali pasukan kebangsaan tidak mahu menerapkan mentaliti juara setiap kali pasukan kebangsaan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa?

Kegagalan skuad Maloney mendapatkan sebarang pingat pada Sukan SEA Vietnam baru-baru ini sememangnya menjadi pertikaian ramai pihak. Namun, mengambil langkah mengundur ke belakang dan cuba bermain selamat bukan tindakan yang tepat.

Sepatutnya FAM memberikan galakan yang sewajarnya kepada pemain-pemain untuk mencatatkan keputusan terbaik, sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir seperti sasaran asal.

Tidak sekadar memberi alasan “menimba pengalaman”, entah ke mana pula pengalaman itu akan ditumpahkan kelak?

FAM pernah mengeluarkan perancangan strategik 2030 iaitu F:30 yang mensasarkan skuad B-23 kebangsaan disasarkan layak ke Sukan Olimpik 20202 di Tokyo.

Ironinya, kegagalan layak ke Sukan Olimpik Tokyo menyebabkan mereka sendiri tiada sasaran khusus untuk diletakkan dalam Piala Asia B-23 kali ini.

Selepas sasaran yang begitu tinggi diletakkan kepada pemain B-23 dalam F:30, tiba-tiba pasukan kebangsaan sekadar makan angin di Uzbekistan?

Apakah selepas sekian lama kita menumpukan program pembangunan akar umbi bola sepak kebangsaan, kita masih di takuk “menimba pengalaman” di kejohanan besar?

Atau program pembangunan akar umbi bola sepak negara kembali tempang selepas apa yang berlaku terhadap Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) dan sebagainya?

Adakah FAM ada jawapan terhadap persoalan ini?

Nota editor: Artikel ini merupakan kiriman Hafiz Mansor. Jika anda ingin menghantar artikel kepada kami, hantarkan penulisan anda dalam format MS Word dengan minimum 300 patah perkataan ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN