Piala Asia B-17: Osmera Omaro Anggap Malaysia Setanding Thailand

Malaysia bakal mengharungi aksi kedua Piala Asia bawah 17 (B-17) hari ini dengan membuat perhitungan seterusnya bersama Thailand bagi peringkat Kumpulan A, dalam misi untuk mendapatkan kemenangan sulung.

Skuad kendalian Osmera Omaro sebelum ini bermula dengan langkah kiri, selepas mereka dikecewakan oleh Yaman menerusi keputusan penuh 0-4 di Stadium Thammasat, Thailand.

Tampil dengan aksi yang goyah di segenap posisi, skuad muda negara gagal untuk mencipta sebarang peluang terbaik bagi mendapatkan gol sepanjang aksi tersebut berlangsung.

Menerusi kekalahan tersebut, Malaysia kini menghuni tangga tercorot peringkat kumpulan, serta perlu mengumpul enam mata maksimum jika ingin melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Walaupun begitu, pengendali mereka iaitu Osmera meletakkan harapan tinggi supaya Malaysia dapat mengatasi Thailand untuk aksi hari ini demi mendapatkan tiga mata penting.

Walaupun begitu, pengendali berpotensi besar itu juga menggesa supaya para pemain tidak membuat sebarang kesilapan mudah yang bakal memberi kehampaan buat kem negara.

Malah, beliau juga menyeru untuk para pemain untuk tampil lebih berkeyakinan serta menggunakan setiap peluang terhidang untuk mendapatkan jaringan.

Walaupun begitu, kem kebangsaan kini sedikit tempang selepas dilaporkan ada pemain utama negara yang mengalami masalah kecederaan dan mungkin bakal diketepikan.

“Saya berasa kami setanding dengan Thailand. Kalau pemain boleh beraksi dengan penuh keyakinan, gunakan peluang dan elak kesilapan mudah, saya fikir kami masih ada peluang.

“Ada seorang lagi pemain utama yang saya fikir akan terkeluar daripada kejohanan, ia bermakna pemain utama keempat yang tidak akan ada dalam kejohanan.

“Sudah pasti akan ada kesan apabila empat pemain utama tiba-tiba terkeluar daripada skuad. Tetapi kita akan cuba yang terbaik dengan pemain yang ada.

“Semua pemain kekal bersemangat, mereka tahu mereka sudah buat yang semampu boleh dan mereka juga sedar buat banyak kesilapan (menentang Yaman), jadi mereka bersemangat untuk bangkit,” katanya menerusi Berita Harian.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada masa sama, Muhammad Aisy Al Hakim yang merupakan tonggak tengah negara menyatakan fokus utama para pemain kini ialah untuk meraih kemenangan mengatasi Thailand serta melupakan kekalahan lalu.

“Saya dan rakan sepasukan akan bagi 100 peratus di tengah padang dan kami akan buat sehabis baik untuk dapat tiga mata. Kami sedar yang kami perlu menang dua perlawanan penting menentang Thailand dan Laos selepas tewas aksi pertama,” katanya pula.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN