Piala Asia 2023: Stuart Wilkin Mahu Kelemahan Harimau Malaya Segera Diatasi

Pemain tengah menyerang negara, Stuart Wilkin menjadi antara pemain paling bersemangat ketika ini untuk mengharungi aksi kedua Piala Asia 2023 bertemu Bahrain.

Terdahulu, Malaysia gagal untuk mengutip sebarang mata pada aksi sulung mereka bagi peringkat Kumpulan E, selepas Harimau Malaya diaibkan Jordan menerusi keputusan penuh 0-4.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di dasar Kumpulan E, serta mempunyai tugas getir untuk kembali mencipta kebangkitan untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya bagi kejohanan tersebut.

Walaupun begitu, Wilkin enggan melihat kesilapan dilakukan mereka lalu kembali berulang untuk aksi seterusnya ini menentang cabaran dari Bahrain.

Terang beliau, para pemain negara perlu mengambil iktibar atas kekalahan lalu ketika berdepan Jordan supaya ianya tidak lagi berulang untuk perlawanan seterusnya.

Malah, Wilkin juga menyifatkan Jordan tampil dengan pengalaman dimiliki mereka pada aksi lalu untuk menundukkan skuad kendalian Kim Pan-gon buat pertama kali di Qatar.

“Jordan menggunakan pengalaman yang mereka ada untuk menewaskan kami. Jordan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang hadir di babak pertama dan ia bawa impak positif kepada mereka.

“Kami perlu atasi kelemahan dan belajar sesuatu supaya tidak melakukan perkara sama dalam perlawanan berikutnya dengan Bahrain,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Wilkin menjadi antara pemain sangat cemerlang ketika berdepan Jordan lalu walaupun pasukan diwakilinya itu gagal untuk memperoleh kemenangan serta tampil tidak menyakinkan.

Beraksi di posisi tengah, beberapa kali pemain Sabah itu berjaya mengatasi pertahanan lawan serta memiliki beberapa peluang terbaik untuk mendapatkan gol buat skuad kebangsaan.

Malah, beliau juga hadir dengan kelincahan tersendiri selain tampil begitu tenang mengawal posisi tengah negara supaya tidak terus menjadi mangsa buli Jordan sepanjang aksi berlangsung.

Selain Wilkin, pemain seperti Safawi Rasid juga tampil menyakinkan sepanjang aksi berlangsung walaupun dimasukkan pada babak separuh masa kedua selaku pemain simpanan.

Malaysia dijangka perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka untuk aksi berdepan Bahrain yang dilihat berpotensi untuk mereka cuba mendapatkan mata sulung dalam kejohanan itu berbanding aksi terakhir menentang Korea Selatan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN