Piala Asia 2023: Negara Lain Wajar Bimbang Akan Jentera Serangan Malaysia

Saingan Piala Asia 2023 kian menghampiri tarikh pembukaannya dengan salah satu pasukan tumpuan pastinya membabitkan Malaysia yang berjaya melayakkan diri secara merit selepas menanti selama 43 tahun.

Skuad kebangsaan kini dianggap sangat berbeza dan tampil lebih bersedia jika dibandingkan tahun-tahun sebelum itu untuk mengharungi aksi di pentas antarabangsa.

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sendiri mempunyai masa yang sangat cukup sebelum mengharungi aksi Piala Asia ini dengan beberapa kali memanggil pemain berbeza untuk diuji kelebihan buat Harimau Malaya.

Paling mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada barisan serangan negara yang kini dianggap berada dalam prestasi terbaik serta diwakili oleh para pemain lebih berkualiti.

Gandingan bintang tempatan, warisan, serta naturalisasi kali ini di posisi tersebut antara yang dianggap sangat unik serta memiliki kelebihan tersendiri untuk memudahkan ‘kerja’ Kim di kerusi kejurulatihan.

Untuk posisi serangan, Kim telah pun mempertaruhkan lapan pemain dengan empat daripadanya merupakan anak tempatan dan selebihnya campuran antara warisan serta naturalisasi.

Daripada lapan pemain tersebut, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi antara paling mencuri tumpuan ekoran reputasi dipamerkan mereka sejak beberapa perlawanan lalu di pentas antarabangsa.

Faisal muncul selaku penjaring terbanyak negara ketika ini bawah kendalian Kim, serta Arif memainkan peranan cukup penting untuk menggerakan serangan Harimau Malaya.

Pemain lain seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid juga antara perlu diberi tumpuan ekoran pengalaman serta kualiti tersendiri dimiliki dua tonggak itu sendiri sudah terbukti.

Jika Safawi Rasid lebih tajam di hadapan gol menerusi rembatan deras beliau dari serata arah, maka Akhyar pula memiliki kemampuan tinggi untuk menggelecek pertahanan lawan menerusi kelicikan dimiliki beliau.

Romel Morales dan Darren Lok pula lebih sesuai dianggap sebagai penyerang utama yang menggalas tanggungjawab memacu siri serangan negara ketika ini.

Darren menjadi pemain pilihan utama Kim di posisi serangan sejak beliau memegang tampuk kejurulatihan Harimau Malaya ekoran kerajinan serta ketajaman beliau di hadapan gol.

Morales pula merupakan senjata baharu Harimau Malaya ketika ini untuk status naturalisasi di posisi serangan dan sudah pun terbukti sejak beberapa musim lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Akhir sekali, pengalaman dan kelebihan teknikal dimiliki oleh mereka selain berkemampuan berada di beberapa posisi serangan mengikut kesesuaian ditetapkan oleh jurulatih.

Kesimpulannya, barisan serangan negara ketika ini boleh dianggap serba lengkap daripada segi kelebihan masing-masing buat Kim untuk mengharungi saingan Piala Asia 2023.

Malah, segalanya telah pun dibuktikan sejak beberapa perlawanan lalu dihadapi para pemain negara ini di pentas antarabangsa dan ketajaman posisi serangan Harimau Malaya jelas bakal teruji lagi dalam saingan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN