Piala Asia 2023: Malaysia Tampil Terkulai Layu Di Tangan Bahrain

Malaysia gagal untuk mendapatkan kemenangan sulung mereka di saingan Piala Asia 2023, selepas Harimau Malaya tewas 0-1 di tangan Bahrain menerusi jaringan minit akhir perlawanan hasil jaringan Ali Madan.

Sepanjang aksi berlangsung, Malaysia tampil dengan aksi lebih baik berbanding perlawanan lalu, namun kesilapan akhir jelas memberi kekecewaan buat pasukan kebangsaan.

Awal permainan menyaksikan segalanya tampil seimbang dengan Malaysia tenang menyerap beberapa asakan cuba dicipta oleh Bahrain bagi memburu jaringan awal mereka.

Selepas empat minit aksi berlangsung, kedua pasukan masih tidak mencipta sebarang percubaan berbahaya, selain bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Dion Cools hampir mencipta jaringan pertama buat Malaysia menerusi situasi lontaran jauh daripada Corbin Ong, sebelum sepakannya dalam petak penalti jauh melambung tinggi.

Pengendali negara, Kim Pan-gon jelas kurang berpuas hati dengan situasi permainan Malaysia selepas beberapa hantaran dilakukan sesama pemain mudah digagalkan pasukan lawan.

Arif Aiman gagal untuk menyudahkan peluang terhidang di hadapan gol, selepas situasi kelam kabut berlaku di hadapan gawang lawan dengan rembatannya berjaya ditepis keluar pada minit ke-16.

Harimau Malaya jelas begitu ingin mendapatkan jaringan sulung mereka, dengan kali ini Matthew Davies tampil membuat satu percubaan jarak jauh sebelum sedikit sahaja tersasar tinggi pada minit ke -27.

Skuad kebangsaan tampil lebih dominan sebenarnya ketika situasi serangan dengan beberapa gerakan berbahaya dilakukan berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Namun, faktor penyudah di separuh masa pertama jelas sedikit mengecewakan buat pasukan negara untuk mendapatkan jaringan pertama di pentas Piala Asia 2023.

Bersambung di separuh masa kedua, intensiti permainan ditampilkan kedua pasukan lebih pantas dengan masing-masing tampil berbalas serangan untuk jaringan pertama perlawanan.

Beberapa perubahan turut dibuat Kim dengan Natxo Insa, Romel Morales, serta Akhyar Rashid turut dibawa masuk untuk memperkukuhkan aspek tengah serta serangan negara.

Bahrain berjaya memperoleh gol kemenangan mereka tatkala perlawanan hanya berbaki 2 minit sahaja lagi menerusi Ali Madan untuk memberi kekecewaan kali kedua buat pasukan kebangsaan.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Matthew Davies, Shahrul Saad, Dominic Tan, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Arif Aiman Hanapi, Syamer Kutty Abba, Paulo Josue, Dion Cools, La’vere Corbin Ong

Bahrain: Ebrahim Lutfallah (Penjaga Gol), Waleed Al Hayam, Sayed Baqer, Mohammed Al Hardan, Ali Madan, Mohamed Marhoon, Komail Al Aswad, Moses Atede, Abdullah Al Hashash, Mohamed Adel, Hazaa Ali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN