Malaysia telah disahkan akan diundi bersama-sama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023 yang akan diadakan di Qatar pada Januari 2024.
Undian yang dilakukan sebentar tadi menyaksikan anak-anak buat Kim Pan-gon akan mengharungi beberapa aksi yang menarik untuk diharungi pada Januari kelak.
Semestinya potensi untuk bertegang urat dengan pemain-pemain seperti Son Heung-min dan Kim Min-jae menjadi tumpuan untuk menguji kehebatan sebenar pemain negara.
Sementara bagi negara-negara Asia Tenggara yang lain, tumpuan terarah kepada Indonesia yang diundi bersama-sama Iraq, Jepun dan Vietnam dalam kumpulan D
Selain itu, Thailand pula diundi bertemu Krygyzstan, Arab Saudi dan Oman dalam kumpulan F.
Berikut merupakan keputusan penuh undian peringkat kumpulan Piala Asia 2023:
Kumpulan A
- Qatar
- China
- Tajikistan
- Lubnan
Kumpulan B
- Australia
- Uzbekistan
- Syria
- India
Kumpulan C
- Iran
- Emeriah Arab Bersatu
- Hong Kong
- Palestin
Kumpulan D
- Jepun
- Indonesia
- Iraq
- Vietnam
Kumpulan E
- Korea Selatan
- MALAYSIA
- Jordan
- Bahrain
Kumpulan F
- Arab Saudi
- Thailand
- Krygyzstan
- Oman