Piala Asia 2023: Indonesia Seolah Beraksi Tanpa Persediaan Taktikal & Mental

Indonesia bawah 23 (B-23) secara rasminya gagal untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang berlangsung di Qatar, apabila mereka mencatat kekalahan 0-2 di tangan Uzbekistan.

Terlebih dahulu, Sang Garuda mengejutkan ramai pihak pemerhati bola sepak apabila mereka tampil melangkah ke pusingan separuh akhir selepas cemerlang menundukkan Korea Selatan.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, skuad pembangunan Indonesia tampil begitu cemerlang sepanjang di Qatar sebelum mereka disekat oleh Uzbekistan pada aksi separuh akhir.

Walaupun tampil dengan elemen cukup positif pada aksi terdahulu, Sang Garuda seolah gagal untuk mengekalkan momentum tersebut apabila tampil serba tidak menjadi ketika menentang Uzbekistan.

Lebih mengecewakan, Indonesia juga kehilangan seorang pemain iaitu Rizky Ridho akibat layangan kad merah pada minit ke-84 selain malang tersebut diteruskan oleh Pratama Arhan yang meledak gol sendiri tidak lama selepas itu.

Menerusi statistik dikeluarkan, perlawanan tersebut jelas menjadi milik Uzbekistan yang menguasai 62 persen berbanding Indonesia dengan 38 persen sahaja sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Sang Garuda juga tidak dapat membuat sebarang percubaan tepat daripada empat sepakan dilepaskan ke arah gol dan lawan pula unggul dengan 28 rembatan dibuat serta empat daripadanya menuju terus ke sasaran.

Daripada segi corak permainan di atas padang, Uzbekistan jelas terlalu unggul daripada segi kreativiti serta kualiti individu setiap pemain menggerakan bola untuk mendapatkan gol.

Manakala Indonesia gagal menyesuaikan diri dengan baik serta kerap kehilangan bola kerana tekanan tinggi diberi oleh para pemain lawan sehingga beberapa kesilapan berlaku.

Tanpa Rafael Struick, Sang Garuda seakan kehilangan seorang pemimpin di posisi utama serangan dengan Ramadhan Sananta gagal memberi impak diperlukan mereka untuk memperoleh sebarang jaringan.

Walaupun ada satu jaringan terhasil menerusi Muhammad Ferarri, ianya dinafikan pengadil kerana mengesan ada pemain Indonesia lain berada di kedudukan ‘offside’ untuk mengecewakan kem kebangsaan Sang Garuda.

Dua pemain bintang mereka iaitu Witan Sulaeman serta Marselino Ferdinan juga jelas kehilangan idea untuk menyusun pergerakan pemain serta memiliki ruang sangat terhad di atas padang.

Sepanjang aksi berlangsung, mental serta motivasi para pemain muda Sang Garuda juga tidak berada pada terbaik sehingga ia memberi kesan kepada corak permainan mereka untuk dieksploitasi pasukan lawan.

Skuad kendalian Shin juga kerap membuat kekasaran tidak sepatutnya yang menyaksikan 18 ‘fouls’ diberikan oleh pengadil serta tiga layangan kad kuning bersama satu kad merah diraih Indonesia.

Walaupun begitu, peluang untuk mereka ke pentas Olimpik masih terbuka dengan syarat mereka perlu mencatat kemenangan pada aksi penentuan di tempat ketiga.

Pandangan anda mengenai aksi tersebut?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN