Piala Asia 2023 Akan Diadakan Pada Januari 2024

Piala Asia 2023

Perebutan merebut Piala Asia 2023 telah pun disahkan tarikhnya apabila 2024 akan menjadi saksi 24 negara bakal bersaing sesama sendiri.

Malaysia yang turut menyertai kejohanan itu selepas berjaya melayakkan diri secara merit buat kali pertama selepas lebih 40 tahun, akan turut bersama-sama gergasi bola sepak Asia yang lain untuk merebut kejohanan ini.

Kelayakan Piala Asia: Gol Sulung Dions Cools & Darren Lok Tamatkan Badi 42 Tahun Malaysia

Piala Asia 2023 sepatutnya diadakan di China namun begitu mereka menarik diri. Selepas mengharungi proses yang panjang memilih semula tuan rumah, Qatar diangkat sebagai hos baharu untuk kejohanan ini.

Namun apa yang menjadi misteri adalah bilakah kejohanan itu akan dibuat? Berdasarkan rekod, Qatar akan mengadakan kejohanan pada awal tahun.

Ianya dapat dilihat pada Piala Dunia 2022 ketika mereka menjadi tuan rumah. Qatar mengadakannya pada Disember hingga Januari kerana faktor cuaca yang lebih baik pada tempoh tersebut.

Kini, langkah yang sama akan dilakukan untuk Piala Asia 2023 kelak apabila Qatar akan mengadakannya pada bulan Januari 2024.

Untuk lebih tepat, mereka akan mengadakan kejohanan tersebut sehingga merentasi bulan seterusnya bermula daripada 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Dengan tarikh rasmi yang telah dikeluarkan, ianya lebih jelas perancangan yang boleh dilakukan oleh setiap pasukan termasuklah Malaysia menjelang Piala Asia.

Kim Pan-gon dan FAM pastinya akan merangka pelan yang mendalam untuk memastikan Harimau Malaya bukanlah sekadar pasukan pelengkap jadual di Qatar kelak.

Kini, tarikh kejohanan sudah diketahui. Penantian seterusnya adalah majlis undian untuk peringkat kumpulan pula.

Yang itu berdebar nak tunggu Malaysia akan satu kumpulan dengan siapa!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN